BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2018 (BMT)
1.
Siapakah yang layak menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang dilaksanakan
oleh RISDA?
Seorang
pekebun kecil getah hanya layak untuk menerima bantuan ini sekali sahaja dengan
syarat-syarat kelayakan seperti berikut :-
i)
Warganegara Malaysia.
ii)
Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA.
iii)
Keluasan 0.1011 hektar hingga 2.5 hektar.
iiii)
Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik
tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik.
v)
1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja.
vi)
Seorang Pekebun Kecil hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
vii)
Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan
Pemilik sahaja).
2.
Berapakah kadar bantuan BMT 2018 yang dilaksanakan oleh RISDA?
Kadar
bantuan adalah RM600 yang akan dibayar dalam 2 peringkat iaitu :-
i)
RM300 pada Disember 2018.
ii)
RM300 pada Januari 2019.
3.
Apakah yang dimaksudkan dengan Pekebun Kecil Getah Pemilik Pengusaha?
Pekebun
kecil getah Pemilik Pengusaha adalah pekebun kecil yang memiliki tanah,
menguruskan dan/atau mengusahakannya sendiri.
4.
Apakah yang dimaksudkan dengan Penoreh Bukan Pemilik?
Penoreh
Bukan Pemilik adalah mereka yang menoreh getah di ladang pekebun kecil sebagai
pekerjaan utama dan tidak memiliki tanah bertanam getah.
5.
Apakah yang dimaksudkan dengan Pemilik Tanah Yang Sah?
Pemilik
tanah yang sah bermaksud tuan punya atau Pemegang Amanah seperti dinyatakan di
dalam geran tanah atau pentadbir seperti dinamakan di dalam Surat Kuasa
Mentadbir (letter of administration) yang dikeluarkan oleh pejabat tanah atau
mahkamah yang berkenaan.
6.
Apakah yang dimaksudkan dengan “Pekebun Kecil Yang Berdaftar Dengan
RISDA”?
i)
Pekebun kecil yang mempunyai Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) atau tersenarai
di dalam Sistem Maklumat Pekebun Kecil RISDA.
ii)
Bagi Penoreh Bukan Pemilik yang tiada di dalam senarai Perkara (i) di atas,
pengisian Borang BMT dikira sebagai berdaftar dengan RISDA.
iii)
Bagi pekebun kecil Pemilik Pengusaha atau Penoreh Bukan Pemilik di bawah Agensi
lain, pengisian Borang BMT (Pemilik) atau BMT (Penoreh) beserta surat pengesahan
daripada Agensi di bawah dikira sebagai berdaftar dengan RISDA iaitu Lembaga
Getah Malaysia (LGM), Jabatan Pertanian Sarawak (JPS), Lembaga Industri Getah
Sabah (LIGS), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), FELDA, FELCRA, KESEDAR,
KETENGAH dan lain-lain sumber Agensi/Jabatan.
7.
Berapakah jumlah maksimum keluasan tanah bagi pekebun kecil yang ingin memohon
bantuan BMT?
Jumlah
keluasan semua tanah yang dimiliki adalah berkeluasan 0.1011 hingga 2.5 hektar
secara agregat.
8.
Bolehkah pekebun kecil yang berkongsi tanah dalam satu geran?
Satu
lot hanya seorang penerima sahaja yang layak menerima bantuan ini bagi satu lot
yang sama.
9.
Bolehkah Pemilik Pengusaha dan Penoreh Bukan Pemilik mendapat bantuan ini bagi
satu lot yang sama?
Hanya
seorang penerima sahaja yang layak menerima bantuan ini bagi satu lot yang sama
sama ada Pemilik Pengusaha atau Penoreh Bukan Pemilik dan tanpa mengambil kira
bilangan ahli kongsi.
10.
Bagaimanakah cara membuat semakan Penerima Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2018
(BMT 2018)?
Pekebun
kecil boleh membuat semakan kelayakan penerima bantuan melalui Sistem e-BMT di
pautan webapp3.risda.gov.my.
11.
Bagaimanakah cara membuat permohonan baru Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)?
Permohonan
baru bagi pekebun kecil yang layak boleh dibuat di semua pejabat RISDA yang
berhampiran dengan membawa dokumen sokongan berikut :-
i)
Pemohon Pemilik Pengusaha hendaklah melengkapkan Borang BMT (Pemilik) beserta
dokumen sokongan berikut :-
a)
Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
b)
Salinan Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) jika ada; dan
c)
Geran asal tanah dan salinan; dan
d)
Salinan buku akaun bank yang aktif.
ii)
Pemohon Penoreh Bukan Pemilik hendaklah melengkapkan Borang BMT (Penoreh)
beserta dokumen sokongan berikut :
a)
Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
b)
Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah; dan
c)
Salinan geran lot yang ditoreh; dan
d)
Salinan Kad PAT-G; dan
e)
Salinan buku akaun bank yang aktif.
12.
Adakah setiap permohonan dari pekebun kecil dikira sebagai layak mendapat BMT?
Setiap
permohonan yang memenuhi syarat akan disenaraikan untuk menerima bantuan BMT
seterusnya.
Senarai Penerima
Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2018 (BMT 2018) yang dilaksanakan oleh RISDA
boleh disemak melalui pautan ini :
Atau
Untuk pertanyaan
lanjut:-
Pihak Berkuasa Kemajuan
Pekebun Kecil Perusahaan Getah, Bangunan RISDA, KM 7, Jalan Ampang, Karung
Berkunci 11067, 50990 Kuala Lumpur.
Tel : 03-42564022
Fax : 03-42576726
Sumber : RISDA
0 Comments