Penyerang
Barcelona Lionel Messi dinobatkan sebagai Pemain Terbaik FIFA Lelaki pada 23
September 2019 (Isnin) dengan menewaskan pesaingnya pemain pertahanan Virgil
Van Dijk dari kelab Liverpool, upacara tersebut berlangsung di di Teatro La
Scala, Rome, Itali.
Messi, 32,
dan Van Dijk, 28, kini bersaing untuk Anugerah Ballon d'Or yang akan diumumkan
pada 2 Disember 2019.
Messi adalah
penjaring terbanyak di Liga Juara-Juara musim lalu dengan 12 gol sebelum
Barcelona disingkirkan oleh Liverpool di separuh akhir dalam perlawanan Liga
Juara-Juara musim lalu, Barcelona dikalahkan dengan jaringan agreget 4-0 di
Anfield.
Pemain
Argentina itu juga memenangi Kasut Emas Eropah selepas menjaringkan 36 gol,
memenangi gelaran La Liga bersama Barcelona dan membantu Argentina meraih
gangsa pada 2019 Copa America.
Pengurus
kelab Liverpool Jurgen Klopp memenangi anugerah jurulatih dan Alisson Becker
sebagai penjaga gol liverpool dalam upacara tersebut..
Sumber:
BERNAMA
0 Comments