MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kesan Serangan Minyak Terhadap Arab Saudi

Pada 15 September 2019, pemberontak Houti telah menyerang Pusat Pemprosesan Minyak Petroleum Aramco di Arab Saudi menyebabkan harga minyak petroleum naik ke paras tertinggi dan memberi kesan kepada Arab Saudi diantaranya:-
  1. Mengurangkan lebih daripada separuh pengeluaran negara Arab Saudi.
  2. Menghapus hampir semua keupayaan simpanan yang tersedia untuk mengimbangi sebarang gangguan utama dalam bekalan minyak di seluruh dunia.
  3. Mengurangkan pengeluaran minyak mentah Arab Saudi sebanyak 5.7 juta tong sehari, lebih 5%  bekalan dunia.
  4. Menghalang keupayaan Arab Saudi menggunakan lebih daripada dua juta tong sehari simpanan minyaknya untuk kecemasan.

Selama bertahun-tahun Arab Saudi adalah satu-satunya negara pengeluar minyak utama dengan keupayaan menyimpan minyak dengan banyaknya yang dapat digunakan dengan pantas untuk mengimbangi kekurangan bekalan akibat perang atau bencana alam.
Sekiranya gangguan di Arab Saudi berpanjangan dan harga minyak terus menokok dengan ketara, maka pengeluar syal akan meningkatkan pengeluarannya.
Sumber : -Reuters

Post a Comment

0 Comments