MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Tips Khusyuk Dalam Solat


Berikut dikongsikan  5 Tips bagi memudahkan untuk menghadirkan kekhusyukan di dalam solat.

AT- TAFAHHUM

Memahami semua bacaan di dalam solat dan menghayati maknanya. Sebagai contoh makna surah Al-Fatihah sekiranya sesorang membaca dalam solatnya dan dalam hatinya memahaminya pasti mendatangkan kekhusyukan dalam solatnya.

AT-TA'ZIM

Merasakan kebesaran Allah SWT seolah-olah berada dihadapaNya. Allah SWT Maha Besar tidak ada yang Maha Besar melainkan Allah SWT. 

AT-HAYBAH

Menghadirkan rasa gerun terhadap kekuasaan Allah SWT dengan demikian rasa hebat terhadap Allah SWT akan dapat dihasilkan.

AR-RAJAK

Mengharapkan rahmat Allah dengan sepenuh harapan bahawa ibadat yang kita lakukan akan diterimaNya.

AL-HAYAK

Merasa malu kepada Allah SWT kerana kecuaian dalam mengotakan janji kita terhadapNya dan kekurangan kita dalam melakukan ibadat terhadapya.

Post a Comment

0 Comments