Kisah Habil dan Qabil memaparkan dua dimensi pengorbanan. Seorang mempersembahkan korban yang dirinya sukai dan yang terbaik, daripada haiwan gemuk dan sihat, pengorbanan yang terbaik. Manakala yang satu lagi (Qabil) memberikan korban yang ala kadar seperti melepaskan batuk ditangga. Maka berlakunya perbezaan nilai korban diantara mereka yang berkualiti tinggi dan yang berkualiti rendah.
" Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan (Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah) Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil) : "Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab:" Hanyasaya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa."
(Surah Al-Maidah ayat 27)
" Tidak ada amalan yang dikerjakan anak Adam ketika hari (raya) korban yang lebih dicintai oleh Allah dari mengalirkan darah, sesungguhnya pada hari kiamat ia akan datang dengan tanduk-tanduknya, kuku-kukunya serta bulu-bulunya. Dan sesungguhnya darah itu akan sampai kepada Allah Azza Wa Jalla sebelum jatuh ke tanah, maka perbaikilah jiwa kamu sekalian dengannya."
(Riwayat Ibnu Majah)
"Katakanlah, "Sesungguhnya solatku, sembelihanku (korbanku), hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Rabb semesta alam, tiada sekutu bagiNya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama menyerahkan diri (kepada Allah)."
(Surah Al- An'am ayat 162-163)
Ibadat korban juga adalah penerusan prmgimarahan ajaran Nabi Ibrahim iaitu kepatuhan tidak berbelah bagi kepada perintah Allah SWT.
Mengimbau pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, yang mana Allah telah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail dan Nabi Ismail dengan rela hati serta bersetuju untuk disembelih kerana mentaati perintah Allah SWT.
Namun Allah maha mengetahui dan hanya ingin menguji ketaatan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, lalu Allah telah menggantikan pengorbanan tersebut dengan seekor haiwan bernama kibas.
"Kamu sekali-kali tidak akan pernah sampai pada kebaikan yang sempurna sebelum kamu menafkahkan sebahagian yang kamu cintai.
(Surah Ali Imran ayat 92)
0 Comments