Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan program sarapan percuma khas untuk
murid-murid di sekolah rendah di seluruh negara bermula Januari 2020.
Menteri Pendidikan
Malaysia Dr Maszlee Malik berkata, KPM amat mengambil berat aspek pemakanan
murid dan sentiasa menggerakkan pelbagai inisiatif penting untuk memastikan murid-murid
memperoleh makanan berkhasiat.
Melalui Program
Sarapan Percuma (PSP), murid-murid akan disediakan sarapan enak berpandukan
menu yang sihat.
Dianggarkan
peruntukan ini melibatkan kos sebanyak RM1.44 bilion dengan waktu persekolahan
214 hari dan kemungkinan dana diambil hasil dari cukai gula yang mula berkuat
kuasa Julai 2019.
Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam kenyataannya semasa lawatan di Vietnam (28 Ogos 2019) mengesahkan untuk melaksanakan Program Sarapan Percuma (PSP) mulai tahun depan dan sumber dana tersebut melalui cukai yang dikutip dimasukan dalam satu dana, diagih kepada pelbagai kementerian. seperti cukai yang dikutip oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam kenyataannya semasa lawatan di Vietnam (28 Ogos 2019) mengesahkan untuk melaksanakan Program Sarapan Percuma (PSP) mulai tahun depan dan sumber dana tersebut melalui cukai yang dikutip dimasukan dalam satu dana, diagih kepada pelbagai kementerian. seperti cukai yang dikutip oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Berikut
dikongsikan soalan-soalan lazim penuh berkenaan Program Sarapan Percuma (PSP):-
1. Apakah
tujuan utama pelaksanaan Program Sarapan Percuma (PSP)?
Program
ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memberikan makanan berkhasiat yang
mengikut nilai kalori dan amalan pemakanan seimbang bagi memastikan murid
mengamalkan pengambilan sarapan, gaya hidup sihat serta merangsang proses
tumbesaran mereka.
2.
Siapakah kumpulan sasar bagi program ini?
Kumpulan
sasar bagi program ini adalah semua murid warganegara sekolah rendah kerajaan
dan bantuan kerajaan dengan anggaran seramai 2.7 juta orang.
3.
Bagaimana pula dengan murid prasekolah dan sekolah menengah?
Murid
prasekolah dan sekolah menengah tidak terlibat untuk program ini dan makanan
untuk murid prasekolah melibatkan tatacara perolehan yang berlainan.
4.
Bilakah program ini akan mula dilaksanakan?
PSP akan
mula dilaksanakan bermula pada sesi persekolahan tahun 2020.
5.
Bagaimanakah PSP ini akan diuruskan nanti dan pihak mana yang bertanggungjawab
unuk menyediakan sarapan ini?
PSP akan
menggunakan kaedah pengurusan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sedia ada dan
sarapan ini nanti akan disediakan oleh pengendali kantin di setiap sekolah
terlibat.
6. Pada
waktu bilakah PSP akan dilaksanakan pada setiap hari persekolahan?
PSP
dicadang untuk dilaksanakan selama 30 minit di antara jam 7 pagi hingga 8.30
pagi bagi sekolah sesi pagi dan di antara jam 12 tengah hari hingga 4.00 petang
bagi sekolah sesi petang.
7.
Berapakah kos sarapan bagi setiap murid?
KPM
sedang meneliti kos yang bersesuaian bagi memastikan semua murid dapat
menikmati hidangan yang baik dan berkualiti.
8.
Bagaimanakah KPM akan menentukan menu PSP ini dan menjamin kualitinya nanti?
Proses
penentuan menu PSP adalah melalui perbincangan berterusan dengan Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) dan pakar-pakar pemakanan di beberapa universiti
tempatan. KPM juga mengambil langkah-langkah bersesuaian melalui kerjasama
dengan KKM, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta pakar-pakar
pemakanan di universiti tempatan bagi menjamin kualiti sarapan yang disediakan.
9. Adakah
KPM melaksanakan sebarang projek rintis terhadap PSP?
Bagi
menjamin pelaksanaannya dapat berjalan lancar kelak, KPM sedang melaksanakan
PSP rintis di beberapa buah sekolah. PSP rintis telah bermula sejak awal Ogos
2019 dan dijangka berakhir pada Oktober 2019 Berdasarkan analisis PSP rintis
ini, KPM akan mengambil pendekatan bersesuaian untuk melaksanakan PSP secara
lebih baik dan menyeluruh.
10.
Bagaimana pula dengan peruntukan untuk melaksanakan PSP? Adakah ia akan
menggunakan dana dari kutipan cukai gula?
Satu
Jawatankuasa Khas akan ditubuhkan bagi membincangkan secara terperinci
peruntukan yang bakal digunakan untuk program ini. Penggunaan dana daripada
cukai gula merupakan sebahagian daripada cadangan yang akan diteliti dalam
Jawatankuasa ini.
Sumber:
Facebook Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia.
0 Comments