MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Peserta Ibadah Korban Memotong Kuku


Soalan: 

Benarkah dilarang orang yang menjadi peserta korban memotong kuku dan rambut? mohon penjelasan

Jawapan:

Siapa yang ingin melakukan ibadah korban adalah dilarang memotong suatu dari tubuhnya seperti kuku atau rambut atau misai atau lainya samada dengan menggunakan gunting atau pisau atau dicabut bermula larangan dengan masuknya 1 hari bulan Zulhijjah dan tamat larangannya itu dengan disembelih akan haiwan korbannya.

Jika haiwan orang lain sudah disembelih maka larangan tersebut masih ada sehinggalah haiwan korbannya sendiri disembelih.

Larangan tersebut bukan larangan haram tetapi makruh sahaja menurut pendapat jumhur ulamak. Jika dipotongnya juga bulu-bulu badannya atau kukunya maka tidaklah berdosa.

Rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa yang mahu meyembelih haiwan korban maka apabila masuk bulan Zulhijjah maka jangalah ia memotong rambutnya dan kukunya sedikitpun sehinggalah haiwan korbannya disembelih".

Hadis ini riwayat Imam Muslim dan Abu Daud dan Tirmizi dan Nasaaie dan Ibnu Hibban dan Ibnu Abdil Barri dan lainya dengan lafaz yang berlebih kurang.

Dan tidak dikenakan denda atau kafarah bagi orang yang melanggar larangan ini tetapi sunat ia mematuhi larangan ini kerana hadis di atas.

Wallahua'lam.

Kridet: Ustaz Azhar Idrus (UAI)

Post a Comment

0 Comments