Hong Leong Investment Bank (HLIB) dalam nota
penyelidikannya berkata, menjangkakan penurunan kadar dasar semalaman (OPR) 25 mata asas (bps)
kepada 2.75 peratus oleh Bank Negara Malaysia (BNM) seawal mesyuarat Jawatankuasa
Dasar Monetari November ini.
“Berdasarkan
anggaran BNM, 25 peratus tarif yang dikenakan ke atas perdagangan dengan China
(kadar yang dicadangkan 10 peratus) dan tarif automotif, akan membawa kepada
pengurangan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia sebanyak
-0.9 hingga -1.1 mata, dengan kesan jumlah dagangan AS-China membabitkan
kira-kira separuh daripadanya,”
Mengenai ringgit, HLIB berkata, bank pelaburan
menyemak semula purata ringgit 2019 berbanding dolar AS, daripada RM4.05 -
RM4.15 kepada RM4.15 - RM4.20, menunjukkan kecenderungan susut nilai bagi
tempoh berbaki tahun ini.
“Ia berikutan daripada risiko ketegangan
perdagangan yang semakin meningkat antara AS-China; kemungkinan penyusutan yuan
dan semakan jangkaan OPR kepada 25 bps,” katanya.
0 Comments