Jangan guna plastik sampah hitam untuk bungkus daging korban!
Pesan kepada AJK Masjid,
pesan kepada AJK korban,
dan pesan kepada semua umat Islam yang akan merayakan Aidil Adha nanti,
JANGAN gunakan plastik sampah hitam untuk bungkus daging korban.
Plastik hitam dikhaskan untuk bungkus sampah,
BUKAN untuk bungkus daging atau makanan,
ia dibuat dari bahan plastik yang dikitar semula dari pelbagai sumber plastik yang telah terbuang dan dari segi kebersihan proses kitar semula tersebut adalah tidak hygenik dan ianya terdedah kepada kuman dan kotoran!
Disamping itu, bahan kimia dan bahan pewarna untuk pemerosesan plastik hitam adalah dari sumber bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser dan sangat toksik kepada tubuh badan kita.
Sekiranya plastik hitam bersentuhan dengan daging yang masih basah dan berdarah maka akan berlaku tindakbalas kimia dan ianya akan menyerap ke dalam daging tersebut dan secara tidak langsung akan merbahayakan pada tubuh badan kita.
Daging juga boleh tercemar dengan kuman dan kotoran yang ada pada plastik yang dikitar semula itu.
Sebaliknya gunakanlah plastik putih yang lutsinar untuk tujuan pembungkusan daging korban.
Islam menggalakkan kebersihan.
Pesanan kesihatan oleh:
Dr. Rosli Abd Jalil.
'Occupational Health Doctor'.
0 Comments