1. Penghapus Dosa
Daripada Abu Sa'id Al Khudri dan Abu Hurairah RA
daripada Nabi SAW bersabda:
"Tidaklah
seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan
kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah
SWT akan menghapus kesalahan-kesalahannya."
(Hadith Riwayat al-Bukhari, No : 5641, Muslim, No :
2573, at-Tirmizi, No : 966, Ahmad, No : 7684, 8070, 10714)
Seseorang
Muslim hendaklah sentiasa sedar bahawa setiap kejadian yang berlaku dalam
kehidupan ada hikmah yang tersendiri. Allah SWT mendatangkan ujian berupa
musibah, kesakitan, keletihan, kegusaran, sehingga duri yang menyucuk sekalipun
dan sesuatu yang menganggu kehidupan adalah sebagai kifarah (penghapus dosa)
agar hamba-Nya sentiasa dalam rahmat-Nya
2.Syukur
Daripada Shuhaib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda :
“Amat menakjubkan
urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan
berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna
keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka
itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu
adalah kebaikan baginya.”
(Hadith Riwayat Muslim, No.Hadith : 2999)
Setiap Mukmin yang sempurna keimanannya akan
sentiasa mendapat kebaikan dalam urusannya kerana dia sentiasa bersyukur.
Manakala apabila ditimpa kesusahan dia bersabar dengan ujian tersebut kerana
dengan kesabaran itu dapat menaikkan kedudukannya serta dianugerahkan pahala
tanpa batasan daripada Allah SWT.
“2 Nikmat
yang membuatkan manusia banyak terpedaya olehnya: nikmat sihat dan masa lapang”
(Hadith Riwayat: al-Bukhari)
3.Sabar
Daripada Aishah RA katanya,
“Rasulullah
SAW wafat dan meninggalkan baju besinya yang digadaikan kepada seorang yahudi
dengan tiga puluh gantang gandum.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Islam menyuruh umatnya supaya bersabar menghadapi
kesusahan dan kesempitan hidup.
“…..Sesungguhnya
hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala tanpa batas.”
(Az-Zumar ayat 10)
4.Muhasabah
“Tiap - tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan
bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu…”
(Surah Ali-Imran: Ayat 185)
Sakit adalah untuk kita bermuhasabah
apa yang kita telah lakukan pada masa tubuh badan masih sihat dan kuat,
pemikiran masih cerdas dan mempunyai masa yang lapang. Adakah kita ingat kepada
Allah SWT dan melakukan perintahNya dan meninggalkan laranganNya.
5.Berdoa
Berdoa menunjukkan keperluanmu
kepadaNya, kerana Allah Maha Kaya dan suka mendengar hambaNya yang menunjukkan
kefakirannya.- Kata Ulamak
Sumber: JAKIM & Buku Agama & Google imej
0 Comments