Rasulullah S.A.W bersabda: Solat Jumaat merupakan satu hak kewajipan ke atas setiap orang muslim untuk mendirikannya secara berjemaah, kecuali hamba yang dimiliki oleh tuannya, perempuan, kanak-kanak dan orang yang sakit.
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Berikut dikongsikan Syarat Wajib Solat Jumaat:-
- Islam - Seseorang beragama Islam
- Baligh - Lelaki yang cukup umur, lazimnya 12 tahun ke atas dan bukan kanak-kanak
- Berakal - Tidak gila
- Merdeka - Bukan hamba abdi/sahaya
- Lelaki - Perempuan tidak diwajibkan
- Sihat - Tidak sakit/uzur syarie
- Bermukim
Solat Jumaat adalah solat yang dilakukan pada hari Jumaat bagi menggantikan solat Zohor pada masa itu. Untuk mendirikan solat Jumaat juga jemaah mestilah melebihi 40 orang seperti syarat di atas dalam sesebuah kampung/mukim.
Solat Jumaat juga "Tidak disyaratkan dilakukan di dalam bangunan masjid mengikut kepada pandangan jumhur ulama. Namun, solat Jumaat secara berjemaah di halaman masjid atau tanah yang lapang adalah sah."
Sumber: Al-Kafi
0 Comments