Brazil selaku tuan rumah Piala Copa America 2019 menewaskan
Bolivia dengan jaringan 3-0 dalam aksi pembukaan pada pagi tadi (15.06.2019).
Brazil yang diletakkan dalam kumpulan A memakai jersi berwarna
biru putih manakala Bolivia berwarna hijau.
Jaringan 2 gol disumbangkan oleh penyerang Philippe Coutinho (pemain
kelab Barcelona).
Pemain gantian, Everton pula melengkapkan kemenangan bergaya
Brazil dengan gol ketiga lima minit sebelum permainan tamat sekaligus
memberikan permulaan baik buat tuan rumah.
Bagaimanapun kemenangan tersebut tidak dicipta dengan mudah kerana
skuad bimbingan Tite ini lebih dulu diejek penyokong sendiri di babak pertama
sebelum jaringan pembukaan Coutinho membuatkan mereka terdiam sehingga tamat
perlawanan.
Sumber: AFP
0 Comments