MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Perang Perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan China Tidak Untungkan Sesiapa



 
Pengerusi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde, mengulangi gesaan agar pertikaian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China diselesaikan dengan cara yang sewajarnya.

IMF tidak mempunyai sebarang angka khusus membabitkan rantau ini atau mana-mana negara dalam rantau ini yang terjejas akibat pertikaian perdagangan itu.

Sebarang perang perdagangan itu akan memberi kesan kepada mereka yang terbabit atau yang tidak menyertainya, Lagarde berkata, demikian ketika diminta mengulas impak perang perdagangan AS-China ke atas Asia Tengah.

Beliau berkata, impak langsung dan tidak langsung akibat isu itu juga boleh menjejaskan keyakinan dan kestabilan yang turut dirasai semua. Malah, jika terus berlanjutan ini akan menimbulkan kesan ekonomi terutamanya sektor swasta dari segi menguruskan rantaian bekalan serta bagaimana mereka perlu kendalikan perniagaan.

Tiada siapa pun yang menang dalam perang perdagangan ini dan kita semua akan rugi.

Christine Lagarde  berkata, sudah pasti, kita berharap ketegangan yang wujud ini dapat diselesaikan menerusi cara yang wajar dan dapat memuaskan (semua pihak) selain mampu memberi manfaat kepada pihak terbabit. Pada masa sama, ia akan dapat mewujudkan satu hala tuju bagi kelangsungan perdagangan sebagai enjin utama pertumbuhan dan kemakmuran.

Sumber: Bernama & Penulis sendiri

Post a Comment

0 Comments