Laporan
statistik yang menunjukkan 270,000 tan sisa makanan terbuang sepanjang 30 hari
Ramadan setiap tahun, atau 9,000 tan sehari, mencetuskan idea kepada seorang
pemuda dari Segamat, Johor untuk memperkenalkan aplikasi telefon pintar
dikenali sebagai OhFreeFood dengan slogan 'get
any food for free'.
Dilancarkan
pada 31 Jan 2019, aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google
Play dan Apps Store itu mula mendapat sambutan hangat sejak hari
pertama umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada 6 Mei 2019.
Irwan
Hisham, berumur 37 tahun pemilik kepada aplikasi tersebut berkata idea tercetus
ketika beliau menjadi aktivis sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
kemanusiaan apabila sering melihat masih ada warga kota yang tidak mampu untuk
membeli makanan walaupun sebuku roti.
Idea
untuk buat aplikasi ini hadir seiring dengan rasa simpati terhadap golongan
tersebut, aplikasi ini jadi platform untuk orang ramai menyumbangkan lebihan
makanan kepada mereka yang memerlukan.
Menurut
Irwan Hisham OhFreeFood tidak akan menjadi
kenyataan sekiranya beliau tidak bertemu dengan seorang lelaki yang ketika itu
secara tidak sengaja menjadi pelanggan GrabCar beliau.
Ketika
berada dalam kereta bersama Ir Kho Lip Khiong, Irwan bercerita mengenai idea
ingin buat aplikasi itu. Beliau kelihatan berminat dan kemudian menyuruh saya
berjumpa dengan rakannya, Ir Lim Sin Poh.
Siapa
sangka saya dipertemukan dengan insan yang membantu merealisasikan impian untuk
bina aplikasi ini. Bermula dari situ, kami kini bekerjasama membangunkan OhFreeFood yang sehingga kini mencecah
11,000 pengguna dan kos terlibat adalah melebihi RM200,000.
Teknologi
di hujung jari ini semakin memudahkan kita, muat turun aplikasi ini dan isikan
segala maklumat diperlukan seperti nama dan lokasi anda. Anda boleh menentukan
lokasi dan masa untuk bertemu mereka yang mahu mengambil makanan yang ingin
disumbangkan.
Aplikasi
ini turut mendapat sokongan daripada Universiti Islam Antarabangsa yang menjadi
Sahabat OhFreeFood, Kelab BenAshaari
(rakan media) dan Yayasan Inovasi Malaysia.
Irwan
yang juga penulis lagu berkata aplikasi itu harus dimuat turun setiap pemilik
telefon pintar bagi memudahkan mereka menyumbang makanan, termasuk barangan
keperluan harian seperti beras, gula, tepung dan susu.
Ada pengguna dari Langkawi memuat naik foto pokok mangga yang lebat berbuah
kerana beliau ingin memberi buah itu secara percuma, siapa sangka aplikasi ini
amat membantu kerana ada yang datang mengambil mangga beliau daripada terbiar
begitu sahaja.
Dengan
adanya aplikasi itu, ia juga membantu merapatkan silaturahim apabila pengguna
dapat mengenali kenalan baharu memandangkan terdapat antara kita yang tidak
mengenali jiran sendiri.
Sumber: Bernama
0 Comments