Kementerian Industri Utama, Malaysia di bawah menterinya Teresa Kok Suh Sim telah membuat pelbagai pendapatan dan usaha bagi mengembangkan lagi pasaran minyak sawit Malaysia ke luar negara bagi meningkatkan harga dan permintaan komoditi tersebut.
Ketua Setiausaha Kementerian Industri Utama, Datuk Dr Tan Yew Chong berkata
harga bukan merupakan cabaran pertama yang dihadapi oleh negara Malaysia, malahan ia
hanya bersifat berjangka pendek disebabkan harganya yang tidak menentu.
Kementerian menggunakan pendekatan yang holistik untuk
mengatasi cabaran tersebut. Justeru perlu dilihat bekalan dan permintaan secara
keseluruhan daripada negara-negara pengeluar kelapa sawit. Banyak elemen perlu
diambil kira dan banyak juga inisiatif telah dan sedang diambil.
Malaysia juga sedar terdapat isu di luar sana berkenaan kelapa sawit, tetapi isu itu tidak tepat terutamanya berkenaan faktor kesihatan dan alam sekitar yang di dakwa oleh pihak tertentu. Tanggapan ini lah yang perlu diperbetulkan dan langkah ke depan perlu di ambil oleh Malaysia.
Malaysia juga sedar terdapat isu di luar sana berkenaan kelapa sawit, tetapi isu itu tidak tepat terutamanya berkenaan faktor kesihatan dan alam sekitar yang di dakwa oleh pihak tertentu. Tanggapan ini lah yang perlu diperbetulkan dan langkah ke depan perlu di ambil oleh Malaysia.
Salah satunya memperluaskan pasaran dunia dalam
mengadakan misi promosi dan perdagangan, serta mencari jalan bagaimana untuk
menambah penjualan minyak dan produk sawit Malaysia, sebagai contoh baru-baru ini
perjanjian pembelian minyak kelapa sawit oleh negara China yang membuahkan hasil dalam menyokong permintaan berterusan.
Usaha dalam negara sendiri juga telah diadakan dengan mengadakan kempen "Sayangi SawitKu" dan skim galakan melestarikan kelapa sawit serta tidak menaikkan cuki kelapa sawit.
Kementerian Industri Utama akan mengadakan lebih
banyak delegasi promosi minyak sawit ke luar negara dalam masa terdekat.
Pasaran utama Malaysia ialah China, India dan juga
Timur Tengah. Baru-baru ini, Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar
Mohd Akin telah mengetuai delegasi ke Arab Saudi untuk memperluaskan lagi
pasaran di sana dan seterusnya Benua Afrika. Sebelum itu, Malaysia juga sudah
mengembangkan pasaran di Pakistan dan India, semasa lawatan Perdana Menteri
Malayisa Tun Dr Mahathir baru-baru ini.
Menteri
Industri Utama Teresa Kok Suh Sim telah berada di beberapa di Eropah dan
China, mengetuai delegasi promosi minyak sawit dan komoditi Malaysia untuk
mengembangkan lagi promosi minyak sawit dan komoditi Malaysia.
kementerian, juga memberi penekanan kepada produk
hiliran kelapa sawit supaya dapat meneroka lebih lagi banyak peluang pelaburan.
Sebagai contoh, setakat ini penggunaan
pokok kelapa sawit hanya 15 peratus, sedangkan ada 85 peratus lagi kegunaan yang
belum dikomersilkan.
Pembangunan industri hiliran (produk hiliran)
ini diteroka dahulu. Sekarang daripada penggunaan 15 peratus pokok
kelapa sawit, Malaysia sudah memperolehi RM67.5 bilion pendapatan hasil eksport.
Andaikan kita tambah lagi 15 peratus, bermakna dengan mudah akan dapat menggandakan pendapatan.
Dalam jangka masa lima hingga lapan
tahun, Malaysia boleh capai satu sasaran yang dapat memantapkan lagi industri kelapa sawit melalui pembangunan hiliran yang lebih cemerlang.
Sumber: Berita Harian dan Penulis sendiri
0 Comments