MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Melobi penggunaan produk minyak sawit ke luar negara



Langkah bijak Kementerian Industri Utama Malaysia akan mengadakan kunjungan ke beberapa negara Eropah pada Oktober 2019 ini bagi meneruskan usaha melobi penggunaan produk minyak sawit.

Usaha ini juga membuka ruang penjelasan dan perbincangan dengan Kesatuan Eropah sekiranya perubahan tampuk kepimpinan berubah susulan Pilihan Raya Eropah yang di jadualkan berlangsung pada minggu depan.

Menteri Industri Utama Malaysia, Teresa Kok Suh Sim berkata kunjungan itu akan dimanfaatkan dengan pertemuan ahli Parlimen, anggota Suruhanjaya Eropah dan juga menteri Kabinet yang baharu susulan daripada pilihan Raya tersebut.

Perubahan kepimpinan di benua berkenaan diharap dapat mengubah persepsi negatif terhadap penggunaan minyak sawit.

Persepsi negatif berkenaan produk kelapa sawit negara Malaysia sebenarnya tidak berasas dari aspek persekitaraan mahupun kesihatan, Malaysia sehingga hari ini dapat mengekalkan permukaan bumi 53 % darinya dilitupi oleh pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan disamping mengekalkan hidupan flora dan fauna.

Dari segi kesihatan, produk kelapa sawit boleh digunakan tanpa was-was dan banyak mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan dan mesara pengunaannya.

Baca selanjutnya: Khasiat Minyak Sawit

Minggu lalu, Teresa Kok Suh Sim telah berkunjung ke beberapa negara Eropah dan hasil kunjungan tersebut, beberapa Menteri Eropah dan Pegawai Menteri memberikan maklum balas positif berhubung minyak sawit.


Teresa Kok Suh Sim juga berkata Akta Delegasi yang diluluskan di Parlimen pada Mac 2018 lalu juga akan disemak semula pada 2021.

Baca selanjutnya:  Kempen Mempertahankan Kelapa Sawitl

Dalam tempoh dua tahun ini, kerajaan Malaysia akan berusaha keras untuk mengubah persepsi negatif dan tuduhan yang dilontarkan ke atas minyak sawit.

Teresa Kok Suh Sim juga telah berjumpa dengan Menteri dan Timbalan Menteri di United Kingdom (UK) dan berharap sekiranya Brexit menjadi kenyataan, UK akan menjadi negara pertama yang mengiktiraf Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Baca selanjutnya: Memperluaskan Sawit Malaysia 

Baca selanjutnya:  Minyak Kelapa Sawit

Sumber: Berita harian & Penulis sendiri

Post a Comment

0 Comments