MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

MAS Tawar Promosi Raya 2019

Malaysia Airlines (MAS) menawarkan 20,000 tempat duduk untuk promosi Raya Switch-up dan Business

Deals bagi memenuhi permintaan perjalanan semasa musim cuti sekolah dan Hari Raya.

Ketua Pegawai Perolehannya, Ignatius Ong berkata, promosi Raya Switch-up eksklusif untuk penumpang yang mahu terbang ke Kuala Lumpur dari Langkawi, Alor Setar, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Johor Bahru sepanjang tempoh Hari Raya.

Para tetamu boleh menempah penerbangan mereka dengan tambang sehala Economy Lite termasuk semua pada RM99 sahaja bermula dari 14 hingga 26 Mei.

“Bagi tetamu yang terbang ke Sarawak dan Sabah turut menikmati tambang sehala Economy Lite termasuk semua masing-masing pada RM149 dan RM199. Semua tambang sah untuk perjalanan pada 23 Mei hingga 10 Jun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Ong, pihaknya turut menawarkan Business Deals bermula dari 15 hingga 27 Mei dengan diskaun sehingga 50 peratus untuk semua destinasi Malaysia Airlines.

Menurutnya, tambang sehala kelas perniagaan bermula dari RM299 termasuk semua untuk destinasi domestik manakala tambang pergi balik termasuk semua ke destinasi antarabangsa bermula RM1,999 ke Hong Kong, RM2,299 (New Delhi), RM2,489 (Shanghai), RM3,299 (Seoul) dan RM4,329 (Tokyo). 

Sila klik: Malaysiaairlines

Sumber: Utusan Online & MAS Airlines

Post a Comment

0 Comments