Dunia Iktiraf Dr Mahathir
BRIGHTON: Manchester City meraih kemenangan diperlukan untuk menamatkan cubaan Liverpool menumbangkan mereka sebagai juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas bangkit mengatasi Brighton 4-1, sebentar tadi.
BRIGHTON: Manchester City meraih kemenangan diperlukan untuk menamatkan cubaan Liverpool menumbangkan mereka sebagai juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas bangkit mengatasi Brighton 4-1, sebentar tadi.
City menamatkan kempen dengan 98 mata, hanya kekurangan dua mata daripada rekod 100 mata musim lalu, ketika kemenangan 2-0 Liverpool ke atas Wolves menyaksikan mereka menutup kempen dengan 97 mata.
Memerlukan kemenangan ke-14 berturut-turut dalam perebutan liga paling sengit, City ketinggalan menerusi gol tandukan Glenn Murray pada minit ke-27, namun skuad Pep Guardiola bangkit dengan penuh bergaya.
Sergio Aguero menyamakan kedudukan 83 saat kemudian dan jaringan pertahanan, Aymeric Laporte hasil tandukan meletakkan City di depan sebelum menuju rehat separuh masa.
Dengan Liverpool, yang ketinggalan satu mata terlebih dulu mendahului perlawanan hari ini, kelab Anfield itu masih menaruh harapan untuk berlaku kejutan di Brighton.
Tetapi apabila Riyad Mahrez melepaskan rembatan kencang untuk menembusi jangkauan penjaga gol Brighton, Mathew Ryan selepas sejam perlawanan, penyokong City mula bersorak.
Jaringan menarik hasil sepakan percuma Ilkay Gundogan menjadikan kedudukan 4-1 sekali gus menghadiahkan satu lagi hari yang hebat untuk City yang muncul selaku kelab pertama dalam tempoh 10 tahun mempertahankan gelaran liga. –
Reuters
0 Comments