ROME: Lazio merangkul Coppa
Italia buat kali ketujuh awal pagi tadi selepas gol lewat Sergej
Milinkovic-Savic dan Joaquin Correa membantu mereka menang 2-0 di final
mengatasi Atalanta pada malam di Rome yang dibayangi keganasan.
Tandukan baik Milinkovic-Savic
membawa Lazio di depan pada minit kelapan di Stadio Olimpico, sejurus masuk
selaku pemain simpanan sebelum Correa mengesahkan kejuaraan pada penghujung
permainan.
Kejayaan itu memberikan Lazio
tiket ke Liga Europa musim depan, sesuatu yang amat diperlukan skuad kendalian
Simone Inzaghi ketika mereka berkedudukan kelapan Serie A, empat mata di
belakang kelayakan ke Eropah berbaki dua perlawanan.
“Kami memang mahukan piala ini,”
kata Inzaghi.
“Ia kepuasan yang hebat, kami
berhak mendapatnya kerana sudah melalui perjalanan yang jauh.”
Bagaimanapun kemenangan pasukan
itu dicemari pergaduhan di luar stadium antara penyokong tegar Lazio dan polis
sebelum perlawanan.
Penyokong membaling objek kepada
polis dan kereta polis dibakar dekat jambatan Ponte Milvio, tidak jauh dari
Stadio Olimpico. - AFP
Tahniah di ucapkan kepada Kelab Bola Sepak Lazio atas kejuaraan yang diperolehi.
Baca juga : Manchester City Juara EPL
0 Comments