Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad
SAW pernah bersabda:
"Kucing
itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)."
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud,
dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang
menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.
Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam
bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana.
Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti
sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi
ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing
termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada
najis."
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan
ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia
sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan
isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia
lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur
tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu
membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah
SAW bersabda:
"Ia
tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat
Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing,
(Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan
Al-Daruquthni).
Hadis ini diriwayatkan daripada Malik, Ahmad, dan
Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing ialah binatang, yang mana, peluh,
bekas sisa jilatannya adalah suci.
Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran
kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beRerti "Bapa anak-anak kucing" kerana
sikapnya yang sangat menyayangi kucing.
Manakala menurut periwayatan Hadis Nabi didalam Sahih Bukhari
Jilid 3, Buku 40, Nombor 552, menerangkan cerita seorang wanita yang telah
terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita
tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar penjara dan tidak
memberikan kucing tersebut makanan atau minuman. Maka wanita itu
dibalas/dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatan wanita itu.
Hikmah memelihara kucing
1. Lebih bahagia
Menurut satu kajian di Australia, orang yang memelihara kucing memiliki
kesihatan psikologi yang lebih baik berbanding mereka yang tidak memiliki
haiwan peliharaan. Mereka lebih bahagia, percaya diri dan tidak mudah gugup,
juga lebih tenang menghadapi masalah.
Memelihara kucing juga baik untuk anak anda.
Dalam sebuah survey yang melibatkan 2,200 anak muda berusia 11-15 tahun, anak
yang mempunyai ikatan emosi yang kuat dengan kucing akan memiliki kualiti hidup
yang jauh lebih baik sama ada di rumah atau di sekolah.
2. Mengurangkan stres
Mengusap kucing yang berbaring di atas pangkuan ternyata
dapat menghilangkan stres. Ketika berdepan masalah, kucing dapat membuatkan
pemiliknya menjadi lebih tenang. Secara psikologi, pemilik kucing juga lebih
mudah pulih dari tekanan.
Situasi ini boleh berlaku kerana kucing mampu
memahami apa yang ada dalam hati pemiliknya. Kucing tidak mudah stres walaupun
tidak mendapat sokongan dari persekitarannya. Apatah lagi, kucing bukanlah
haiwan yang bergantung dengan manusia, menurut Karin Stammbach dan Dennis
Turner dari Universiti Zurich.
3. Melatih hubungan sosial yang baik
Kucing memang perlukan perhatian, tapi si comel
ini juga memberikan perhatian yang cukup kepada pemiliknya. Ia mengajar
pemiliknya untuk memiliki hubungan sosial yang baik.
Satu penelitian menyebut, orang yang memelihara
kucing sangat sensitif secara sosial. Mereka juga lebih mudah meletakkan
kepercayaan terhadap orang lain.
"Perasaan positif terhadap haiwan peliharaan
akan menimbulkan perasaan positif terhadap orang lain," tulis Rose Perrine
dan Hannah Osbourne dari Universiti Eastern Kentucky.
Pengkaji Inggeris Ferran Marsa-Sambola dan
rakan-rakannya menulis bahawa haiwan peliharaan dapat menerima secara terbuka
penuh kasih sayang, konsisten, setia, dan jujur, karakteristik yang dapat
memenuhi keperluan dasar seseorang untuk merasakan memiliki harga diri dan
dicintai.
4. Lebih sihat
Bukan hanya kesihatan psikologi, memelilhara
kucing juga bermanfaat untuk kesihatan fizik. Dalam sebuah kajian, para
pengkaji mengikuti 4,435 orang selama 13 tahun. Mereka yang memiliki kucing
pada masa lalu lebih kecil kemungkinannya untuk meninggal dunia kerana serangan
jantung berbanding orang yang tidak pernah memiliki kucing. Kucing juga menjadi
salah satu faktor risiko lain seperti tekanan darah, kolesterol, merokok dan
indeks massa tubuh.
Sumber : Wikipedia & Health Line
0 Comments