MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kucing




Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: 

"Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)." 

(Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah). 

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis." 

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda: 

"Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, 

(Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Hadis ini diriwayatkan daripada Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing ialah binatang, yang mana, peluh, bekas sisa jilatannya adalah suci.
Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beRerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing. 

Manakala menurut periwayatan Hadis Nabi didalam Sahih Bukhari Jilid 3, Buku 40, Nombor 552, menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar penjara dan tidak memberikan kucing tersebut makanan atau minuman. Maka wanita itu dibalas/dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatan wanita itu. 

Hikmah memelihara kucing

1. Lebih bahagia
Menurut satu kajian di Australia, orang yang memelihara kucing memiliki kesihatan psikologi yang lebih baik berbanding mereka yang tidak memiliki haiwan peliharaan. Mereka lebih bahagia, percaya diri dan tidak mudah gugup, juga lebih tenang menghadapi masalah.

Memelihara kucing juga baik untuk anak anda. Dalam sebuah survey yang melibatkan 2,200 anak muda berusia 11-15 tahun, anak yang mempunyai ikatan emosi yang kuat dengan kucing akan memiliki kualiti hidup yang jauh lebih baik sama ada di rumah atau di sekolah.

2. Mengurangkan stres

Mengusap kucing yang berbaring di atas pangkuan ternyata dapat menghilangkan stres. Ketika berdepan masalah, kucing dapat membuatkan pemiliknya menjadi lebih tenang. Secara psikologi, pemilik kucing juga lebih mudah pulih dari tekanan.

Situasi ini boleh berlaku kerana kucing mampu memahami apa yang ada dalam hati pemiliknya. Kucing tidak mudah stres walaupun tidak mendapat sokongan dari persekitarannya. Apatah lagi, kucing bukanlah haiwan yang bergantung dengan manusia, menurut Karin Stammbach dan Dennis Turner dari Universiti Zurich.

3. Melatih hubungan sosial yang baik

Kucing memang perlukan perhatian, tapi si comel ini juga memberikan perhatian yang cukup kepada pemiliknya. Ia mengajar pemiliknya untuk memiliki hubungan sosial yang baik.

Satu penelitian menyebut, orang yang memelihara kucing sangat sensitif secara sosial. Mereka juga lebih mudah meletakkan kepercayaan terhadap orang lain.

"Perasaan positif terhadap haiwan peliharaan akan menimbulkan perasaan positif terhadap orang lain," tulis Rose Perrine dan Hannah Osbourne dari Universiti Eastern Kentucky.

Pengkaji Inggeris Ferran Marsa-Sambola dan rakan-rakannya menulis bahawa haiwan peliharaan dapat menerima secara terbuka penuh kasih sayang, konsisten, setia, dan jujur, karakteristik yang dapat memenuhi keperluan dasar seseorang untuk merasakan memiliki harga diri dan dicintai.

4. Lebih sihat

Bukan hanya kesihatan psikologi, memelilhara kucing juga bermanfaat untuk kesihatan fizik. Dalam sebuah kajian, para pengkaji mengikuti 4,435 orang selama 13 tahun. Mereka yang memiliki kucing pada masa lalu lebih kecil kemungkinannya untuk meninggal dunia kerana serangan jantung berbanding orang yang tidak pernah memiliki kucing. Kucing juga menjadi salah satu faktor risiko lain seperti tekanan darah, kolesterol, merokok dan indeks massa tubuh.

Sumber : Wikipedia & Health Line

Post a Comment

0 Comments