Maksud
Ramadhan/Ramadan
Ramadhan membawa maksud panas yang sangat terik.
Dinamakan demikian kerana pada bulan tersebut di tanah Arab kebiasaanya cuaca
adalah panas, terik dan kering. Maka makna panas tersebut diharapkan dapat membakar segala kekotoran
dosa orang yang berpuasa dan yang menghidupkan ibadah di sepanjang bulan
Ramadan.
Keistimewaan
bulan Ramadhan
Bulan Ramadhan mempunyai beberapa nama berdasarkan
kepada kelebihan dan keistimewaannya.C
Nama-nama tersebut ialah:
1.
Saiyidus Syuhur (Penghulu sekalian bulan)
Oleh kerana Ramadhan disebut di dalam Al-Quran dan
terlalu banyaknya keistimewan dan kelebihan Ramadhan maka ia mendapat gelaran
sebagai Penghulu sekelian bulan. Di sana adanya ibadah puasa selama sebulan
penuh, Zakat fitrah, Solat Tarawih, Lailatul Qadar, Nuzul al-Quran, Tadarus
al-Quran, Kelebihan sedekah, Qiamullail, Tazkirah, Iktikaf dan lain-lain lagi.
Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa:
"Seandainya manusia mengetahui
keistimewaan Ramadan, nescaya mereka ingin supaya sepanjang tahun itu adalah
Ramadhan."
2.
Syahrul Syiam - Bulan Puasa
Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah ayat 183:
"Wahai
orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana
diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu mudah-mudahan kamu
menjadi orang-orang yang bertaqwa"
"Sesiapa
yang berbuka (tidak berpuasa) satu hari daripada bulan Ramadhan dengan tiada
uzur dan tiada sakit, nescaya tiadalah dapat diqadha' puasanya oleh puasa
sepanjang masa walaupun dia melakukannya"
(Hadis Riwayat Bukhari)
3.
Syahrul Quran - Bulan Quran
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 185:
"Bulan
Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai hidayah (petunjuk) kepada
manusia dan keterangan-keterangan tentang petunjuk dan pemisah antara yang hak
dan yang batil"
Rasuulullah
s.a.w telah bersabda:
" Puasa
dan al-Quran memberi syafaat kepada para hamba pada Hari Kiamat. Puasa berkata:
"Wahai Tuhanku aku telah menhalangnya daripada makan dan minum serta mengikut
syahwat pada siang hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya".
Al Quran berkata: " wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya daripada tidur
pada malam hari, maka izinkan aku memberi syafaat kepadanya, lalu diterimalah
syafaat keduanya"
(Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Abi dunya, al-Tabrani
dan Hakim)
4.
Syahrul Sabr - Bulan Kesabaran
Ibadah puasa dan ibadah sabar punya hubungan yang
erat. Allah menjanjikan ganjaran pahala yang tidak terbatas kepada orang-orang
yang sabar di dalam Al-Qur'an,
"Sesungguhnya
orang-orang yang bersabar akan disempurnakan (ganjaran) pahala mereka tanpa
batas."
(Surah az-Zumar:10)
Dalam hadis nabi pernah bersabda,
"Seandainya seorang memaki engkau atau
mengatakan kamu bodoh, maka katakanlah ‘Sesungguhnya aku sedang berpuasa, aku
sedang berpuasa'. (Sahih Al-Jami As-Saghir)
5.
Syahrul Rahmah - Bulan Kerahmatan
6.
Syahrul Magfirah - Bulan Keampunan
7.
Syahrul Najah - Bulan Kemenangan dan bebas dari api Neraka
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Ramadhan
itu awalnya rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan di akhirnya dibebaskan
dari api neraka"
Termasuk dalam kemenangan ialah apabila umat Islam
telah berjaya dan mencapai kemenangan yang besar dalam bulan Ramadhan.
Antaranya ialah terakam dalam sejarah:
a.
Kemenangan di dalam Peperangan Badar al-Kubra yang berlaku pada 17
Ramadhan
b. Dapat
menawan Kota Makkah dari tangan kafir quraisy dan memasuki kota Makkah yang
disebut sebagai Fathu al-Fakkah
8.
Syahrul Jud - Bulan Murah hati
Nabi telah bersabda dalam hadisnya:
"Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa
kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapat pahala orang tersebut tanpa
sedikitpun mengurangi pahalanya." (Hadis
Riwayat Tirmidzi)
9.
Syahrul Barakah - Bulan Keberkatan
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesungguhnya
telah datang kepadamu bulan Ramadhan ( dengan kelebihan yang lain): Bulan penuh
keberkatan, Allah memfardhukan puasa atas kamu, dibuka pintu-pintu Syurga,
dikunci pintu-pintu Neraka, dibelenggu Syaitan ( supaya tidak mengganggu umat
Muhammad S.A.W daripada melakukan pelbagai ibadat), di dalam ada Malam Qadar
iaitu satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang tiada
diberikan kebajikan malam itu maka sesungguhnya dia tidak diberikan kebajikan
kepadanya"
Pengisian
Ramadhan
- Berpuasa pada siangnya dengan puasa yang sebenarnya. Menahan diri dari lapar dan dahaga serta menjaga lidah dari bercakap perkara yang di larang oleh Allah s.w.t
- Menghidupkan malam dengan amalan yang disyariatkan termasuk qiamullail. ( solat sunat tahajud, solat sunat taubat, solat sunat hajat, solat witir dan lain-lain lagi.
- Meningkatkan amalan harian membaca Al-Quran, berzikir, bersedekah dan seumpamnya.
- Menunaikan solat tarawih di masjid atau surau bagi lelaki dan bagi wanita digalakkan di rumah dan tidak ada halangan sekiranya ke masjid.
- Bertadarus Al-Quran di masjid/surau.
- Menunaikan zakat fitrah dan zakat yang lain seperti zakat perniagaan, harta, pendapatan, emas dan perak dan zakat - zakat mengikut kewajipan dan kemampuan.
- Beriktikaf terutama 10 malam terakhir bagi mencari keredahan Allah s.w.t dalam Lailatul Qadar.
- Memperbanyakkan sedekah.
- Memberi makanan kepada orang yang berpuasa, kerana sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa seumpamanya pahalanya seperti orang yang berpuasa.
- Bersahur ada hikmahnya walaupun seteguk air sahaja.
- Bersederhana dalam berbelanja dan makan minum bagi memgelakkan pembaziran dan menghayati nilai puasa.
- Menjaga pancaindera dari melakukan maksiat.
- Menunaikan umrah jika mampu
Sumber : Majlis Agama Perak & Penulis sendiri
0 Comments