MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kesan Penurunan OPR


Bank Negara Malaysia (BNM) menjadi yang pertama di Asia Tenggara untuk memotong kadar faedah utama tahun ini, dengan bertindak bagi menyokong ekonomi pada masa yang membimbangkan tentang pertumbuhan global yang tidak menentu.
Berikutan penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR)  oleh BNM sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus yang diumumkan oleh BNM pada 7 Mei 2019 memberi kesan positif kepada industri tertentu dan kesan kurang positif kepada industri tertentu (pro dan kontra).
Industri perbankkan di Malaysia sangat terkesan dengan kenaikan dan penurunan OPR. Lazimnya apabila OPR meningkat akan memberikan keuntungan kepada pihak bank tetapi jika OPR mengalami penurunan menyebabkan pengurangan keuntungan.
Bank - bank di Malaysia akan mengalami penurunan pendapatan dalam persekitaran pengurangan kadar faedah.
impak penurunan OPR terhadap bank adalah sebahagian besarnya bergantung kepada komposisi kadar pinjaman boleh ubah atau dikenali sebagai kadar terapung dan tetap; bahagian akaun semasa, akaun simpanan (CASA) dan deposit lain, nisbah pendapatan bukan faedah serta peratusan pendedahan terhadap operasi luar negara.
Mengikut analisis sensitif yang dikeluarkan oleh  HLIB Research. Penganalisisnya, Chan Jit Hoong menyatakan bahawa Alliance dan Bank IBIMB akan paling terkesan dalam iklim kejatuhan kadar faedah, sementara Affin Bank dan Am Bank Group Malaysia (AMMB) paling kurang terkesan.
“Kami mengandaikan pengurangan kadar 25 mata asas bagi pinjaman boleh ubah dan deposit bukan CASA sementara semua faktor lain adalah tetap dalam model kewangan kami,” katanya dalam nota penyelidikannya hari ini.
Jit Hoong berkata, bagi bank dengan operasi luar negara yang besar seperti Maybank dan CIMB Group, impak sebenar adalah lebih rendah.
Sementara itu, MIDF Research pula berkata, bank yang mencatatkan sumbangan pinjaman kadar terapung yang tinggi akan paling terkesan dengan penurunan kadar OPR.
Firma penyelidikan itu juga menjangkakan pemampatan marjin dalam jangka pendek berikutan pelarasan menurun terhadap pinjaman dan pembiayaan yang mempunyai kadar terapung.
“Kami jangka purata marjin faedah bersih (NIM) berkurangan -2 mata asas kepada -3 mata asas bagi 2019 berdasarkan impak suku pertama semakan semula penurunan kadar asas.
“Bagaimanapun, kami melihat beberapa bank meningkatkan kadar asasnya akhir 2018 atau suku pertama 2019 dengan purata sebanyak 10 mata asas. Dengan pengurangan OPR, kadar asas ini akan kembali ke paras tahun lalu,” katanya
Bagi industri automotif berdasarkan simulasi perkiraan yang dibuat AmBank Research, individu yang membeli kenderaan pada harga RM70,000 dengan pembayaran pendahuluan 10 peratus membabitkan tempoh pembayaran balik selama tujuh tahun, mereka berpeluang menikmati pengurangan bayaran balik RM13.12 sebulan susulan pengurangan OPR itu.
Walau bagaimanapun, Ketua Ahli Ekonomi AmBank Research, Dr Anthony Dass, berkata penjimatan minimum itu dijangka tidak akan memberi kesan ketara terhadap jualan kenderaan kerana penjimatan kecil itu dilihat tidak akan mendorong pengguna untuk membeli kenderaan.
Beliau berkata, pihaknya percaya cabaran terbesar bagi pengguna untuk membeli kenderaan adalah pembayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus.
“Kami percaya bahawa pengurangan kadar ini tidak akan menjadi perangsang bagi pertumbuhan dalam sektor automotif, tidak sama seperti cuti cukai tiga bulan pada 2018.
“Industri automotif Malaysia terus berdepan cabaran dengan masih diselubungi beberapa isu dan ia dijangka terus mencabar dalam persekitaran perniagaan kompetitif,” katanya dalam nota penyelidikannya di sini hari ini.
Sementara itu, MIDF Research melihat impak serampang dua mata susulan pengurangan OPR sebanyak 25 mata asas terhadap industri automotif.
Lazimnya, ia berkata, pertumbuhan jumlah jualan kenderaan (TIV) mempunyai hubungan songsang dengan OPR.
“Kenaikan OPR mempunyai impak yang lemah terhadap pertumbuhan TIV dan sebaliknya jika OPR diturunkan, kadar sewa beli rendah,” katanya.
Bagaimanapun, MIDF Research berkata, meskipun potensi pengukuhan perbelanjaan pengguna dan potensi peningkatan terhadap unjuran TIV, marjin pengusaha auto juga mungkin terjejas oleh ringgit yang berpotensi lebih lemah akibat penurunan OPR.

Penurunan OPR ini juga menyebabkan pihak bank - bank menyemak semula Kadar Asas (BR)  dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) agar selari dengan kadar OPR.

Walaubagaimanapun penurunan OPR ini tidak akan membuatkan industri perbankkan mengalami penurunan keuntungan yang berpanjangan dan hanya bersifat sementara.
Penyesuaian terhadap OPR itu adalah untuk memelihara tahap akomodatif monetari sejajar dengan pendirian dasar monetari untuk menyokong pertumbuhan yang mantap di tengah-tengah kestabilan harga.
BNM juga berkata penurunan OPR ini konsisten dengan pendirian dasar monetari untuk menyokong pertumbuhan yang stabil.
Walaupun kedudukan kewangan dan monetari domestik kekal menyokong pertumbuhan ekonomi, namun terdapat beberapa tanda pengetatan kedudukan kewangan.
Pelarasan ke atas OPR dilakukan bagi melindungi tahap akomodatif monetari.
Ini konsisten dengan pendirian dasar monetari untuk menyokong laluan pertumbuhan yang mantap di tengah-tengah kestabilan harga. Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) akan terus mengawasi dan menilai baki risiko sekitar prospek pertumbuhan dan inflasi domestik.
Pasaran kewangan domestik kekal berdaya tahan, walaupun tempoh turun naik terutama disebabkan oleh perkembangan global.
BNM berkata ekonomi global terus berkembang dengan sederhana.
Walaupun hasil pertumbuhan bagi beberapa ekonomi utama lebih baik daripada yang dijangkakan pada suku pertama, kedudukan asas ekonomi terus menunjukkan kesederhanaan.
Risiko penurunan yang ketara terhadap pertumbuhan global kekal, berpunca daripada ketegangan perdagangan yang belum selesai dan kedudukan berterusan di kebanyakan negara utama, selain aktiviti pelaburan dan perdagangan global yang lembap.
Walaupun pengetatan dalam kedudukan kewangan global telah merosot sedikit, ketidaktentuan dasar yang semakin meningkat boleh menyebabkan pelarasan pasaran kewangan yang besar dan seterusnya menjejaskan unjuran keseluruhan.
Bagi Malaysia, perkembangan terkini menunjukkan aktiviti ekonomi menyederhana pada suku pertama 2019. Untuk masa depan, keadaan permintaan global yang perlahan dan pertumbuhan rakan dagangan utama yang lemah, akan terus menjejaskan sektor luar.
Dalam negara, kedudukan pasaran buruh yang stabil dan pengembangan kapasiti dalam sektor utama akan terus memacu perbelanjaan isi rumah dan modal.
Unjuran dasar adalah untuk ekonomi Malaysia berkembang dalam lingkungan yang diunjurkan sebanyak 4.3 peratus kepada 4.8 peratus.
Bagaimanapun, terdapat risiko penurunan terhadap pertumbuhan dari ketidaktentuan yang meningkat dalam persekitaran global dan domestik, ketegangan perdagangan dan kelemahan dalam sektor berkaitan komoditi yang berpanjangan.
Inflasi keseluruhan meningkat kepada 0.2 peratus pada Mac 2019 berbanding -0.4 peratus pada Februari, terutama inflasi pengangkutan pada -3.0 peratus (Februari: -6.8 peratus).
Inflasi asas, seperti yang diukur oleh inflasi teras, kekal stabil pada 1.6 peratus pada Mac 2019.
Dalam jangka masa terdekat, inflasi dijangka kekal rendah disebabkan oleh langkah-langkah dasar. Ini termasuk harga siling bahan api runcit domestik sehingga pertengahan 2019 dan kesan perubahan dalam dasar cukai penggunaan terhadap inflasi utama.
Bagi keseluruhan 2019, inflasi utama secara puratanya dijangkakan stabil secara menyeluruh berbanding 2018.
Trajektori inflasi utama akan terus bergantung kepada harga minyak dunia. Inflasi dasar dijangka kekal stabil, disokong oleh peningkatan aktiviti ekonomi yang berterusan dan ketiadaan tekanan permintaan yang kukuh yang di nyatakan oleh BNM.
Penurunan OPR ini sebenarnya memberikan kuasa beli dan pinjaman kepada pelanggan/individu rakyat Malaysia untuk berbelanja dan membuat pinjaman dengan pihak bank secara langsung juga menguntungkan pihak bank walaupun keuntungan berkurangan dan mengwujudkan situasi menang - menang diantara pihak bank dan pelanggan.
sumber : Berita Harian,  Bernama,  Malaysiakini dan Penulis sendiri 



Post a Comment

0 Comments