Jerman tidak akan mengambil pendekatan mengharamkan
penggunaan minyak sawit seperti negara Eropah lain, namun memutuskan untuk
mengurangkan penggunaan bahan itu, khususnya dari aspek penghasilan produk.
Duta Besar Jerman ke Malaysia, Nikolaus Graf
Lambsdorff berkata, langkah mengharamkan minyak sawit adalah tidak wajar kerana
penggunaannya masih diperlukan. Jerman tidak akan menyokong usaha Kesatuan
Eropah (EU) untuk mengharamkan import minyak sawit kerana langkah itu
bertentangan dengan perdagangan bebas.
Apa yang dilakukan EU sekarang ialah hanya usaha
mengurangkan penggunaan bahan api bio yang membabitkan campuran minyak sawit
dengan bahan api. Beliau berkata, bahan itu juga adalah komoditi utama Malaysia,
justeru tindakan seumpama itu hanya menjejaskan hubungan perdagangan dua hala.
Minyak sawit memainkan peranan penting apa lagi
dengan harga yang rendah, mesra alam sekitar dan bekalannya sentiasa
berterusan.
Nikolaus Graf Lambsdorff berkata, langkah
mengurangkan penggunaan minyak sawit diputuskan kerajaan Jerman akan dibuat
secara berkala sebelum ia dihentikan sepenuhnya.
langkah mengharamkan minyak sawit adalah sememangnya
tidak wajar dilakukan oleh mana-mana negara dunia kerana sawit menyumbang
kepada ekonomi dunia, penanaman sawit di Malaysia juga menepati Persidangan
Rio, Brazil yang menekankan pemeliharaan flora dan fauna. Malaysia masih
mempunyai hidupan liar seperti harimau dan gajah serta 53% litupan muka bumi
masih di litupi oleh tumbuh-tumbuhan.
Melestarikan penanaman kelapa sawit juga telah
Malaysia jalankan bagi mengurangkan kesan penanaman kelapa sawit terhadap
persekitaraan dan sepatutnya isu penebangan pokok secara besar-besaran tidak
timbul, Malasyia juga menghadkan keluasan penanaman kelapa sawit bagi tujuan
yang sama penjagaan alam sekitar.
Baca juga: Minyak Kelapa Sawit
Baca Juga: Kempen Negatif Kelapa Sawit Tidak Berasas
Baca Juga: Khasiat Utama Kelapa Sawit
Baca Juga: Pembelian Tambahan Minyak Sawit Oleh China
Baca Juga: Ringkasan Hasil Lawatan PM Malaysia
Baca Juga: Memperluaskan Sawit Malaysia
Baca Juga: Kempen Mempertahankan Kelapa Sawit
Baca Juga: Kempen Negatif Kelapa Sawit Tidak Berasas
Baca Juga: Khasiat Utama Kelapa Sawit
Baca Juga: Pembelian Tambahan Minyak Sawit Oleh China
Baca Juga: Ringkasan Hasil Lawatan PM Malaysia
Baca Juga: Memperluaskan Sawit Malaysia
Baca Juga: Kempen Mempertahankan Kelapa Sawit
Sumber: Berita Harian & Penulis sendiri
0 Comments