MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Impak Perang perdagangan AS-China Kepada Dunia & Rantau ASEAN




Membawa kesan negatif kepada hasil eksport dalam tempoh jangka pendek.

OCBC Bank Treasury Research menyatakan melalui satu nota penyelidikan hari ini 15 Mei 2019, kesan dari hubungan perdagangan yang tegang menyebabkan permintaan China terhadap barangan di rantau ini mungkin merosot berikutan keadaan tidak menentu.

Perang perdagangan AS-China pada asasnya adalah pertempuran bagi keunggulan teknologi, apabila perlumbaan teknologi menjadi semakin sengit, negara ASEAN perlu memikirkan semula pendekatannya terhadap buruh dan produktiviti.

Dengan dua kuasa utama global itu memberi penekanan kepada keunggulan teknologi, barangkali sudah sampai masanya bagi ASEAN untuk memikirkan semula pendekatan jangka panjangnya ke arah bidang teknologi. Kebergantungan rantau ini kepada buruh sebagai hab pembuatan akan menjadi tidak cekap dengan perkembangan pesat evolusi teknologi.

Di rantau ini ASEAN, China telah menerajui dalam kemajuan teknologi menjadi tanggungjawab ASEAN sekarang untuk bergerak seiring dengan revolusi teknologi.

Tidak dinafikan bahawa teknologi China adalah ke depan berbanding negara ASEAN lain sebagai contoh Teknologi 5G dan Artificial Intelligent (AI).

Memberi kesan kepada mata wang utama rantau ASEAN

Pada 14 Mei 2019, jam 9 pagi, ringgit diniagakan rendah pada 4.1715/1745 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1690/1720. 

Bagi Malaysia, Ringgit menurun berbanding dollar Amerika Syarikat (AS), walaubagaimanapun ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ringgit diniagakan tinggi sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0460/0484 daripada 3.0466/0499 pada Selasa tetapi susut berbanding yen Jepun kepada 3.8061/8099 daripada 3.8018/8048.

Ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3858/3901 daripada 5.3955/4011 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6733/6771 daripada 4.6843/6885 pada Selasa.

Harga Emas Meninggi

Harga Emas meninggi kembali melonjak dengan jangkaan meningkat melepasi paras AS$1,300 (RM5,419) ekoran peralihan pelaburan pelaburan global susulan ketegangan perang perdagangan Amerika Syarikat dan China yang semakin memuncak. Harga emas ini dapat di rasai di semua negara/rantau ASEAN.
 
Penganalisis Penyelidikan di FXTM, Lukman Otunuga, berkata harga emas sudah melonjak sejak minggu lalu berikutan ia dianggap sebagai instrumen pelaburan paling selamat dalam ketidaktentuan pasaran global ketika ini.

Minat pelaburan dalam logam berharga itu semakin meningkat kerana kebimbangan perang dagang AS-China yang mana akan memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi global,” katanya dalam satu nota penyelidikan yang dikeluarkan hari ini.

Kesan terhadap harga minyak mentah Brent

Lukman Otunuga menyatakan perang dagangan itu turut menjejaskan prestasi niaga hadapan minyak mentah dengan Brent jatuh sebanyak 6.0 peratus selepas mencapai harga tertingginya pada 25 April iaitu AS$74.75 satu tong. Kini harga minyak mentah berada di sekitar AS$70 satu tong.

Pada 14 Mei 2019 (selasa), jam 9 pagi, petunjuk pasaran minyak mentah Brent berada pada AS$71.04 setong.

Pasaran minyak mentah kini berdepan risiko geopolitik di Timur Tengah, gangguan bekalan di Nigeria, Venezuela dan OPEC.

Peningkatan risiko ketidaktentuan daripada perkembangan perdagangan AS-China juga telah menampakkan prospek permintaan global untuk minyak dan ia terus menimbang harga pasaran komoditi itu.

Semua kini tertumpu kepada mesyuarat jawatankuasa OPEC+ minggu ini di Jeddah di mana pelabur akan meneliti petunjuk baru tentang masa depan kempen pemotongan pengeluaran OPEC+.

Meneroka pasaran baharu

Perang perdagangan AS-China sangat memberi kesan kepada rantau ASEAN tetapi sekiranya sesebuah negara dapat mengambil peluang dan ruang dalam suasana ketidak tentuan tersebut dalam menyediakan pasaran alternativf kepada pelabur sudah pastinya memberikan kelebihan kepada negara tersebut dan sekiranya negara Malaysia boleh menyediakan pilihan, ia sudah pastinya baik bagi negara.

Dapat dirumuskan Perang perdagangan AS-China dengan peningkatan ketegangan susulan rundingan sukar antara AS dan China terus memberi impak kepada perdagangan dan pertumbuhan global. Tindakan kedua negara kuasa besar ekonomi dunia itu akan terus menjejaskan pasaran dunia.

Baca juga: As Tingkat Perang Dagang Terhadap China

Sumber: Bernama & Penulis sendiri





Post a Comment

0 Comments