MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Hikmah Berpuasa Kepada Tubuh Badan

Puasa, sebagaimana yang disyariatkan kepada umat manusia beragama Islam seperti mana firman Allah s.w.t maksudnya : 

“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertakwa. “

 (Surah al-Baqarah ayat 183)   

Puasa sebagaimana yang disyariatkan kepada umat Islam pada ketika ini melibatkan amalan diet yang sangat berkesan secara langsung, kerana Allah yang menciptakan manusia dan Allah lebih mengetahui perihal rekaanNya dan bagaimana memeliharanya.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah yang bermaksud "Berpuasa itu lebih baik bagi kamu,  kalau kamu mengetahui" ayat 184.

Diantara faedah kepada tubuh badan seseorang yang berpuasa adalah :-

1. Membuang dan menyingkirkan toksik di dalam tubuh badan.

Berpuasa pada bulan Ramadan selama 29 hingga 30 hari setiap tahun didapati paling efektif kerana dibuat secara konsisten setiap tahun.

Berpuasa dalam jangka masa 11-14 jam secara purata memberikan masa yang sesuai untuk memperbaiki ketahanan tubuh, memulihkan fungsi jantung, sistem pencernaan, sistem penghadaman, sistem saraf,  sistem pernafasan, sistem peredaran darah dan fungsi - fungsi yang melibatkan tubuh badan.

2. Mengurangkan kemasukan lemak dan meningkatkan kandungan asid lemak.

Asid lemak menjadi sumber tenaga bagai mereka yang berpuasa bagi menggantikan glukosa. Penggunaan asid lemak sebagai tenaga meminimumkan penggunaan glikogen atau dikenali dengan nama kanji atau gula simpanan tubuh pada otot dan hati.

Seseorang yang berpuasa walaupun melakukan kerja berat orang yang berpuasa kurang letih berbanding dengan seseorang yang tidak berpuasa, ini bertentangan dengan logik tetapi Allah maha berkuasa itulah hakikatnya, setiap perintah Allah ada hikmah disebaliknya yang manusia tidak mengetahuinya.

3. Berpuasa sebagai awet muda yang paling berkesan.

Seperti mana kajian Dr.  Masora EJ yang terkenal dengan tikus sebagai medium experimen yang mana sekiranya 50-70% makanan harian dikurangkan kepada beberapa tikus hasilnya mampu mencegah pelbagai penyakit berkaitan dengan usia dan dapat memanjangkan hayat, kerana puasa membersihkan sel-sel tubuh secara berterusan dan kesannya memanjangkan umur sel-sel dan membantutkan proses penuaan.

4. Menguatkan sistem imuniti tubuh badan.

Kesan dari perubahan pengeluaran hormon pembesaran oleh kelenjar pituitari.

Rasulullah s.a.w bersabda " Semua amalan anak Adam adalah baginya kecuali puasa, maka sesungguhnya puasa itu bagi -Ku dan Aku (Allah) yang memberikan ganjarannya."

( Hadis Riwayat Abu Hurairah)

"Demi Allah yang diri Muhammad s.a.w yang ditangan-Nya, bau mulut orang yang berpuasa bagi Allah lebih harum daripada bau kasturi. Dan untuk orang yang berpuasa mendapat dua kali masa gembira, iaitu ketika akan berbuka puasa dan ketika ia menghadap Tuhan, akan teramat gembira menerima pahala puasanya." 

(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sumber : Majalah Agama dan Penulis sendiri




Post a Comment

0 Comments