Ekonomi Malaysia berkembang 4.5 peratus pada suku
pertama tahun ini, lebih tinggi berbanding unjuran pasaran 4.3 peratus.
Pertumbuhan itu bagaimanapun lebih perlahan berbanding
pertumbuhan 4.7 peratus yang dicatatkan pada suku keempat 2018 dan 5.3 peratus
pada suku pertama 2018.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah
Mohd Yunus, berkata pertumbuhan yang dicatatkan pada suku pertama
disokong oleh pemulihan dalam sektor pertanian terutama pengeluaran minyak
sawit mentah (MSM) dan eksport bersih yang tinggi.
Beliau berkata, sektor perkhidmatan dan perkilangan
kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan.
"Malaysia kekal dalam landasan pertumbuhan kukuh
dengan dijangka berkembang antara 4.3 peratus-4.8 peratus tahun ini disokong
oleh perbelanjaan sektor swasta," katanya pada sidang media mengumumkan
prestasi ekonomi suku pertama 2019 di sini, hari ini.
Mengenai akaun semasa, Nor Shamsiah berkata, akaun
semasa dijangka kekal dalam lebihan berikutan permintaan daripada negara dagang
utama terus berkembang meskipun sederhana.
Beliau berkata, aliran pelaburan langsung asing (FDI)
berjumlah RM21.7 bilion pada suku pertama 2019 dan kekal merentasi sektor yang
meluas.
Pelaburan
langsung asing adalah ukuran pemilikan asing aset-aset yang produktif seperti
kilang, lombong dan tanah. Peningkatan pelaburan asing boleh digunakan sebagai
salah satu ukuran pertumbuhan ekonomi.
Pengaliran besar pelaburan asing berlaku antara
negara-negara industri di Amerika Utara, Eropah Barat dan Jepun. Tetapi
pengaliran pelaburan asing ke negara-negara bukan industri juga meningkat
dengan banyak seperti di rantau ASIA termasuk Malaysia.
Mengenai ringgit, Nor Shamsiah berkata, pergerakan
mata wang tempatan itu pada 2019 didorong oleh faktor luaran.
Berikut di kongsikan faktor luaran yang mempengaruhi
Ringgi Malaysia (RM):-
1)
Harga Minyak Mentah Dunia
Malaysia
adalah pengeluar minyak dunia. Harga minyak mentah mempunyai hubungan positif
dengan pergerakan ringgit. Jika dilihat pada kajian, harga minyak Brent
jatuh dan pada masa yang sama ringgit
juga menyusut. Dalam erti kata lain, Pergerakan ringgit ditentukan oleh
bagaimana anggota-anggota OPEC mengawal pengeluaran minyak. Apabila OPEC
mengurangkan pengeluaran minyak, secara tidak langsung harga minyak Brent akan
naik dan pada masa yang sama ringgit juga akan naik dan sebaliknya.
Baca juga: Minyak Brent 2019
Baca juga: Minyak Brent 2019
2)
Tren Kadar Dasar Semalaman / Overnight Policy Rate (OPR)
Kenaikan
kadar bunga boleh membantu dalam peningkatan matawang sesebuah negara. Kadar
bunga semalaman Malaysia telah berubah baru-baru ini kepada 3.00%. Secara
umumnya, kadar bunga yang rendah akan menyebabkan aliran keluar modal dan pergi
ke negara yang menawarkan kadar bunga yang tinggi untuk mendapatkan pulangan
yang tinggi dan berkait rapat dengan US Federal Reserve.
Baca juga: OPR Malaysia 3.00 Peratus
Baca juga: OPR Malaysia 3.00 Peratus
3)
Landskap Politik Malaysia yang Baru
Kemenangan
Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018 telah mengejutkan ramai pihak termasuk
pelabur asing. Tekanan penjualan ringgit selepas pilihan raya umum ke-14
menunjukkan bahawa para pelabur asing mengimbangi semula portfolio mereka
kerana kebimbangan mereka terhadap kestabilan politik negara dalam tempoh
terdekat ini. Ditambah lagi dengan pendedahan hutang negara melebihi 1 trillion
menyebabkan kebimbangan pelabur terhadap prospek pertumbuhan ekonomi dan
kedudukan fiskal negara. Tetapi ini adalah bersifat sementara kini Malaysia
telah dapat mengurang hutang tersebut dan kestabilan negara dalam keadaan aman
dan stabil walaupun peralihan kuasa berlaku ketika itu.
4)
Kekuatan Matawang US Dolar
Kekuatan
matawang US Dolar telah meningkatkan matawang US Dolar secara relatifnya adalah
lebih menarik perhatian pelabur berbanding mata wang lain. Ini kerana US
Federal Reserve menetapkan pendirian ‘Bullish’ terhadap kadar bunga berbanding
bank pusat negara lain.
Kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat, kadar
pengangguran yang rendah adalah faktor- faktor yang mendorong kenaikan kadar
bunga sekaligus akan mendorong kenaikan US Dolar berbanding Ringgit.
Melangkah ke hadapan, ringgit sejajar dengan mata wang
serantau akan terus dipengaruhi faktor luaran, katanya.
Baca juga: Bursa Malaysia 2019
Baca juga: Bursa Malaysia 2019
Pada 2019, kadar inflasi dijangka berpurata antara 0.7
peratus hingga 1.7 peratus.
Baca juga: Impak Perang Dagang US VS China
Sumber: Berita Harian, Internet & Penulis sendiri
0 Comments