MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Ekonomi Malaysia Berkembang 4.5 peratus Pada Suku Pertama 2019

Ekonomi Malaysia berkembang 4.5 peratus pada suku pertama tahun ini, lebih tinggi berbanding unjuran pasaran 4.3 peratus.

Pertumbuhan itu bagaimanapun lebih perlahan berbanding pertumbuhan 4.7 peratus yang dicatatkan pada suku keempat 2018 dan 5.3 peratus pada suku pertama 2018.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata  pertumbuhan yang dicatatkan pada suku pertama disokong oleh pemulihan dalam sektor pertanian terutama pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) dan eksport bersih yang tinggi.

Beliau berkata, sektor perkhidmatan dan perkilangan kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan.

"Malaysia kekal dalam landasan pertumbuhan kukuh dengan dijangka berkembang antara 4.3 peratus-4.8 peratus tahun ini disokong oleh perbelanjaan sektor swasta," katanya pada sidang media mengumumkan prestasi ekonomi suku pertama 2019 di sini, hari ini.

Mengenai akaun semasa, Nor Shamsiah berkata, akaun semasa dijangka kekal dalam lebihan berikutan permintaan daripada negara dagang utama terus berkembang meskipun sederhana.

Beliau berkata, aliran pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM21.7 bilion pada suku pertama 2019 dan kekal merentasi sektor yang meluas.

Pelaburan langsung asing adalah ukuran pemilikan asing aset-aset yang produktif seperti kilang, lombong dan tanah. Peningkatan pelaburan asing boleh digunakan sebagai salah satu ukuran pertumbuhan ekonomi. 

Pengaliran besar pelaburan asing berlaku antara negara-negara industri di Amerika Utara, Eropah Barat dan Jepun. Tetapi pengaliran pelaburan asing ke negara-negara bukan industri juga meningkat dengan banyak seperti di rantau ASIA termasuk Malaysia.

Mengenai ringgit, Nor Shamsiah berkata, pergerakan mata wang tempatan itu pada 2019 didorong oleh faktor luaran.

Berikut di kongsikan faktor luaran yang mempengaruhi Ringgi Malaysia (RM):-

1) Harga Minyak Mentah Dunia 

Malaysia adalah pengeluar minyak dunia. Harga minyak mentah mempunyai hubungan positif dengan pergerakan ringgit. Jika dilihat pada kajian, harga minyak Brent jatuh  dan pada masa yang sama ringgit juga menyusut. Dalam erti kata lain, Pergerakan ringgit ditentukan oleh bagaimana anggota-anggota OPEC mengawal pengeluaran minyak. Apabila OPEC mengurangkan pengeluaran minyak, secara tidak langsung harga minyak Brent akan naik dan pada masa yang sama ringgit juga akan naik dan sebaliknya.

Baca juga:  Minyak Brent 2019

2) Tren Kadar Dasar Semalaman / Overnight Policy Rate (OPR)

Kenaikan kadar bunga boleh membantu dalam peningkatan matawang sesebuah negara. Kadar bunga semalaman Malaysia telah berubah baru-baru ini kepada 3.00%. Secara umumnya, kadar bunga yang rendah akan menyebabkan aliran keluar modal dan pergi ke negara yang menawarkan kadar bunga yang tinggi untuk mendapatkan pulangan yang tinggi dan berkait rapat dengan US Federal Reserve.

Baca juga:  OPR Malaysia 3.00 Peratus

3) Landskap Politik Malaysia yang Baru 

Kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018  telah mengejutkan ramai pihak termasuk pelabur asing. Tekanan penjualan ringgit selepas pilihan raya umum ke-14 menunjukkan bahawa para pelabur asing mengimbangi semula portfolio mereka kerana kebimbangan mereka terhadap kestabilan politik negara dalam tempoh terdekat ini. Ditambah lagi dengan pendedahan hutang negara melebihi 1 trillion menyebabkan kebimbangan pelabur terhadap prospek pertumbuhan ekonomi dan kedudukan fiskal negara. Tetapi ini adalah bersifat sementara kini Malaysia telah dapat mengurang hutang tersebut dan kestabilan negara dalam keadaan aman dan stabil walaupun peralihan kuasa berlaku ketika itu.

4) Kekuatan Matawang US Dolar 

Kekuatan matawang US Dolar telah meningkatkan matawang US Dolar secara relatifnya adalah lebih menarik perhatian pelabur berbanding mata wang lain. Ini kerana US Federal Reserve menetapkan pendirian ‘Bullish’ terhadap kadar bunga berbanding bank pusat negara lain. 
Kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat, kadar pengangguran yang rendah adalah faktor- faktor yang mendorong kenaikan kadar bunga sekaligus akan mendorong kenaikan US Dolar berbanding Ringgit.

Melangkah ke hadapan, ringgit sejajar dengan mata wang serantau akan terus dipengaruhi faktor luaran, katanya. 

Baca juga: Bursa Malaysia 2019

Pada 2019, kadar inflasi dijangka berpurata antara 0.7 peratus hingga 1.7 peratus.


Sumber: Berita Harian, Internet & Penulis sendiri

Post a Comment

0 Comments