MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Diantara Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar




 (2) إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ

(5)لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (3) تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ(4) سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ

“Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar, tahukah engkau apakah malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, pada malam itu turunlah melaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Allah Tuhan mereka (untuk membawa) segala usrusan, selamatlah malam itu hingga terbit fajar.”  [Al-Qadar : 1-5]

Daripada Aishah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w beriktikaf di masjid dalam sepuluh hari yang terkahir daripada bulan Ramadan kemudian Baginda bersabda : Carilah Lailatul Qadar dalam sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadan.

 (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Turunnya malaikat berbondong-bondong bersama Jibril a.s dengan izin Allah s.w.t ke muka bumi pada malam tersebut, para malaikat memberi salam kepada hamba yang beribadah, hasil sapaan itu hati seseorang menjadi lembut, tenang dalam beribadah.

Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui, bila masanya dan kepada siapa daripada kalangan hamba-hambanya yang dikehendaki.

Namun usaha mencari malam Lailatul Qadar dituntut oleh agama Islam dan amatlah rugi bagi mereka yang tidak berusaha untuk beribadah dalam mencari malam Lailatul Qadar malam yang lebih baik dari seribu bulan dan carilah malam tersebut di malam-malam ganjil pada bulan Ramadan.

Berikut dikongsikan Tanda-tanda malam Lailatul Qadar

1.Haiwan bernama Anjing tidak menyalak pada malam tersebut, anjing menjadi tenang.

2.Suhu dan udara terasa nyaman, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk pada malam tersebut. Malam tersebut luar biasa dan tidak tidak seperti biasa atau kelazimannya.

3.Keesokan harinya cahaya matahari akan bersinar tetapi tidak panas, sinaran yang terpancar ada kelembutan

4.Sesiapa yang mendengar bacaan Al-Quran pada malam tersebut, mudah tersentuh hatinya hingga menusuk masuk ke dalam hati kerana tersedap sangat dan rasa seronok mendengar pembacaan Al-Quran.

5.Sesiapa yang beribadah pada malam tersebut merasa syhaduh hinggakan boleh mengalir air mata dengan tanpa sengaja sebsgsi contoh di dalam solat tiba-tiba air mata keluar tanpa disedari kerana hati menjadi lembut untuk beribadah dan menghayati maksud ibadah.

6.Hati seseorang tersentuh dan tenang pada malam itu , kerana pada malam itu berbondong-bondong malaikat turun ke bumi mencari mereka yang beribadah dan memohon keampunan dan keredahaan Allah swt.

 Pada malam Lailatul Qadar adalah digalakkan melakukan pelbagai ibadah diantaranya:

1.Menghidupkan malam tersebut dengan ibadah solat sunat dan solat wajib dan membaca Al-Quran.

Daripada Abu Hurairah sesungguhnya Rasulullah SAW telah berkata yang bermaksud: “Sesiapa yang bangun malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan perhitungan (muhasabah diri), akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

Perbanyakkanlah melakukan solat pada waktu malam sepanjang Ramadan terutamanya pada 10 malam akhir, kerana kita tidak tahu bila malam tersebut berlakunya Lailatul Qadar.

2. Membangunkan ahli keluarga seperti mana yang dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w

Daripada Aisyah: Adalah Rasulullah jika masuk pada malam 10 malam terakhir, maka ia akan menghidupkan malam-malam itu dan membangunkan ahli keluarganya dan akan menjauhi daripada membuat hubungan suami isteri.

3. Beriktikaf di dalam masjid dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah seperti solat, zikir, membaca al-Quran dan sebagainya.

Ini kerana baginda Rasulullah akan beriktikaf ketika mana masuk 10 malam yang terakhir.

4. Berdoa kepada Allah dengan meminta keampunan-Nya.

Aishah r.a pernah bertanya baginda Rasulullah s.a.w apa yang perlu dikatakan pada malam Lailatul Qadar, maka kata Baginda: “Katakanlah, Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Engkau Maha Mulia dan suka kepada pengampunan maka ampunilah aku.

5. Bersedekah dengan keikhlasan kepada Allah.

Ini kerana jika sedekah yang dilakukan itu bertepatan dengan malam Lailatul Qadar maka amalan sedekah itu juga akan dilipatgandakan lebih baik dari 1,000 bulan.

sebagai contoh sekiranya seseorang itu bersedekah RM 1 pada setiap malam secara berterusan (istiqamah) maka keberangkalian mendapat malam Lailatul Qadar adalah cerah. 

Sedekah juga tidak terhad kepada wang ringgit, amalan terpuji seperti membantu dan menyumbangkan tenaga dalam perkara kebaikan juga diantara saluran sedekah.


Post a Comment

0 Comments