(2) إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ
فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا
لَيْلَةُ الْقَدْرِ
(5)لَيْلَةُ
الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ
شَهْرٍ (3) تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ
مِنْ كُلِّ أَمْرٍ(4) سَلَامٌ
هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ
“Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar,
tahukah engkau apakah malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar itu lebih
baik dari seribu bulan, pada malam itu turunlah melaikat-malaikat dan Jibril
dengan izin Allah Tuhan mereka (untuk membawa) segala usrusan, selamatlah malam
itu hingga terbit fajar.” [Al-Qadar : 1-5]
Daripada Aishah r.a, bahawa
Rasulullah s.a.w beriktikaf di masjid dalam sepuluh hari yang terkahir daripada
bulan Ramadan kemudian Baginda bersabda : Carilah
Lailatul Qadar dalam sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadan.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Turunnya malaikat
berbondong-bondong bersama Jibril a.s dengan izin Allah s.w.t ke muka bumi pada malam
tersebut, para malaikat memberi salam kepada hamba yang beribadah, hasil sapaan itu
hati seseorang menjadi lembut, tenang dalam beribadah.
Berlakunya malam Lailatul Qadar
itu hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui, bila masanya dan kepada siapa daripada
kalangan hamba-hambanya yang dikehendaki.
Namun usaha mencari malam Lailatul
Qadar dituntut oleh agama Islam dan amatlah rugi bagi mereka yang tidak
berusaha untuk beribadah dalam mencari malam Lailatul Qadar malam yang lebih
baik dari seribu bulan dan carilah malam tersebut di malam-malam ganjil pada
bulan Ramadan.
Berikut dikongsikan Tanda-tanda malam Lailatul Qadar
1.Haiwan bernama Anjing tidak menyalak pada
malam tersebut, anjing menjadi tenang.
2.Suhu dan udara terasa nyaman,
tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk pada malam tersebut. Malam tersebut
luar biasa dan tidak tidak seperti biasa atau kelazimannya.
3.Keesokan harinya cahaya
matahari akan bersinar tetapi tidak panas, sinaran yang terpancar ada
kelembutan
4.Sesiapa yang mendengar bacaan
Al-Quran pada malam tersebut, mudah tersentuh hatinya hingga menusuk masuk ke
dalam hati kerana tersedap sangat dan rasa seronok mendengar pembacaan
Al-Quran.
5.Sesiapa yang beribadah pada
malam tersebut merasa syhaduh hinggakan boleh mengalir air mata dengan tanpa
sengaja sebsgsi contoh di dalam solat tiba-tiba air mata keluar tanpa disedari
kerana hati menjadi lembut untuk beribadah dan menghayati maksud ibadah.
6.Hati seseorang tersentuh dan
tenang pada malam itu , kerana pada malam itu berbondong-bondong malaikat turun
ke bumi mencari mereka yang beribadah dan memohon keampunan dan keredahaan
Allah swt.
Pada malam Lailatul Qadar adalah
digalakkan melakukan pelbagai ibadah diantaranya:
1.Menghidupkan malam tersebut
dengan ibadah solat sunat dan solat wajib dan membaca Al-Quran.
Daripada Abu Hurairah
sesungguhnya Rasulullah SAW telah berkata yang bermaksud: “Sesiapa yang bangun malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan
perhitungan (muhasabah diri), akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
Perbanyakkanlah melakukan solat pada
waktu malam sepanjang Ramadan terutamanya pada 10 malam akhir, kerana kita tidak tahu bila malam tersebut berlakunya Lailatul Qadar.
2. Membangunkan ahli keluarga
seperti mana yang dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w
Daripada Aisyah: Adalah Rasulullah jika masuk pada malam 10
malam terakhir, maka ia akan menghidupkan malam-malam itu dan membangunkan ahli
keluarganya dan akan menjauhi daripada membuat hubungan suami isteri.
3. Beriktikaf di dalam masjid
dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah seperti
solat, zikir, membaca al-Quran dan sebagainya.
Ini kerana baginda Rasulullah
akan beriktikaf ketika mana masuk 10 malam yang terakhir.
4. Berdoa kepada Allah dengan
meminta keampunan-Nya.
Aishah r.a pernah bertanya baginda
Rasulullah s.a.w apa yang perlu dikatakan pada malam Lailatul Qadar, maka kata
Baginda: “Katakanlah, Ya Allah
sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Engkau Maha Mulia dan suka kepada
pengampunan maka ampunilah aku.
5. Bersedekah dengan keikhlasan
kepada Allah.
Ini kerana jika sedekah yang
dilakukan itu bertepatan dengan malam Lailatul Qadar maka amalan sedekah itu
juga akan dilipatgandakan lebih baik dari 1,000 bulan.
sebagai contoh sekiranya seseorang itu bersedekah RM 1 pada setiap malam secara berterusan (istiqamah) maka keberangkalian mendapat malam Lailatul Qadar adalah cerah.
Sedekah juga tidak terhad kepada wang ringgit, amalan terpuji seperti membantu dan menyumbangkan tenaga dalam perkara kebaikan juga diantara saluran sedekah.
0 Comments