MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

CUEPACS Mohon Kerajaan Malaysia Pertimbang Pemberian Bonus Aidilfitri 2019



Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan Malaysia memberi bonus sempena perayaan Aidilfitri pada tahun 2019 ini kepada penjawat awam dan pesara kerajaan kenyataan yang dikeluarkan pada 12 Mei 2019.

Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata pihaknya sudah menghantar surat kepada Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng, berhubung isu itu.
CUEPACS berharap permintaan bonus Aidilfitri sebanyak RM1,000 untuk penjawat awam dan RM 500 untuk pesara itu dipersetujui kerajaan.

Pada masa sama, CUEPACS juga sudah berbincang dengan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr  Ismail Bakar, berhubung perkara berkenaan dan CUEPACS sendiri berharap kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan intensif ini yang menjadi harapan besar bagi penjawat awam.

Jika diluluskan, kita menjangkakan lebih RM1 billion bantuan khas berbentuk bonus Aidilfitri akan diberikan kepada penjawat awam seluruh negara. Malah, tahun ini kita memohon pemberian bonus kepada semua penjawat awam di bawah gred 54, berbanding sebelum ini hanya gred 41 ke bawah yang menerima bonus.

Sudah pasti jika apa yang diinginkan penjawat awam ini dizahirkan, ia akan menggembirakan dan membantu banyak pihak membuat persiapan Aidilfitri.

Untuk rekod pada Aidilfitri 2018 kerajaan Malaysia memberikan bonus Aidilfirti sebanyak RM 400 kepada penjawat awam Gred 41 dan kebawah serta RM 200 kepada pesaran kerajaan.

Adalah diharapkan kerajaan Malaysia mempertimbangkan dan seterusnya meluluskan permohonan ini, bagi membantu penjawat awam dan pesaran kerajaan menyediakan persiapan bagi menyambut perayaan Aidilfitri yang tidak lama lagi menjelang.

Sumber: Berita Harian & Penulis sendiri


Post a Comment

0 Comments