Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap
kerajaan Malaysia memberi bonus sempena perayaan Aidilfitri pada tahun 2019 ini
kepada penjawat awam dan pesara kerajaan kenyataan yang dikeluarkan pada 12 Mei
2019.
Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata pihaknya sudah menghantar surat
kepada Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan
Lim Guan Eng, berhubung isu itu.
CUEPACS berharap permintaan bonus Aidilfitri sebanyak RM1,000 untuk
penjawat awam dan RM 500 untuk pesara itu dipersetujui kerajaan.
Pada masa sama, CUEPACS juga sudah berbincang dengan Ketua Setiausaha
Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar,
berhubung perkara berkenaan dan CUEPACS sendiri berharap kerajaan dapat mempertimbangkan
permohonan intensif ini yang menjadi harapan besar bagi penjawat awam.
Jika diluluskan, kita menjangkakan lebih RM1 billion bantuan khas
berbentuk bonus Aidilfitri akan diberikan kepada penjawat awam seluruh negara.
Malah, tahun ini kita memohon pemberian bonus kepada semua penjawat awam di
bawah gred 54, berbanding sebelum ini hanya gred 41 ke bawah yang menerima
bonus.
Sudah pasti jika apa yang diinginkan penjawat awam ini dizahirkan, ia
akan menggembirakan dan membantu banyak pihak membuat persiapan Aidilfitri.
Untuk rekod pada Aidilfitri 2018 kerajaan Malaysia memberikan bonus
Aidilfirti sebanyak RM 400 kepada penjawat awam Gred 41 dan kebawah serta RM
200 kepada pesaran kerajaan.
Adalah diharapkan kerajaan Malaysia mempertimbangkan dan seterusnya
meluluskan permohonan ini, bagi membantu penjawat awam dan pesaran kerajaan
menyediakan persiapan bagi menyambut perayaan Aidilfitri yang tidak lama lagi
menjelang.
Sumber: Berita Harian & Penulis sendiri
0 Comments