Cadangan
penggabungan operasi Axiata Group Bhd. (Axiata) Malaysia dan Telenor ASA
(Telenor) milik negara Norway bakal menjadikannya syarikat telekomunikasi
terbesar di rantau ASEAN dan Asia Selatan.
Presiden dan Ketua
Pegawai Eksekutif Axiata, Tan Sri Jamaludin Ibrahim berkata, penggabungan mega
yang akan menghasilkan satu entiti baharu (MergedCo) itu dijangka menghasilkan
pendapatan proforma bernilai RM50 bilion dan pendapatan sebelum faedah, cukai,
susut nilai dan pelunasan (EBITDA) berjumlah RM20 bilion.
Transaksi yang
dicadangkan itu juga bakal menyaksikan pegangan dalam beberapa buah syarikat
operasi di sembilan buah negara dengan kira-kira satu bilion penduduk dan 300
juta pelanggan.
Dengan portfolio
yang unik, MergedCo akan menjadi antara kumpulan telekomunikasi terbesar di
rantau ini dari segi nilai, pendapatan dan keuntungan.
“MergedCo juga akan
memiliki lembaran imbangan kukuh untuk menyokong pertumbuhan dalam segmen
pasaran pengguna, kediaman, perusahaan dan internet segalanya (IOT),” katanya
pada sesi taklimat kepada pemberita di sini hari ini.
Axiata dan Telenor
hari ini mengumumkan sedang berunding bagi cadangan penggabungan untuk
mewujudkan sebuah entiti baharu dengan menyatukan operasi pasaran rantau ASEAN
dan Asia Selatan milik masing-masing.
Transaksi yang
dicadangkan itu membolehkan entiti baharu yang digabungkan (MergedCo)
memanfaatkan keunikan operasi milik kedua-dua syarikat untuk menerajui serta
mengurus pasaran baharu muncul dan baharu diteroka.
Bagaimanapun
kedua-dua pihak masih belum dapat memberikan kepastian sama ada transaksi yang
dicadangkan ini akan dimuktamadkan dengan pemeteraian perjanjian atau jika
terdapat sebarang halangan untuk meneruskan sebarang pengambilalihan,
penggabungan atau pelupusan.
Jamaludin berkata,
selain kehadiran di peringkat Asia, cadangan penggabungan ini juga akan
mewujudkan pengendali telekomunikasi mudah alih terbesar di Malaysia dengan
menggabungkan Celcom Axiata Bhd. (Celcom) dan Digi.Com Bhd.
“Kedua-dua pihak
akan berusaha untuk memuktamadkan perjanjian dalam tempoh suku ketiga 2019,
yang akan menyaksikan Telenor menjadi pemegang saham majoriti dengan jangkaan
56.5 peratus pemilikan manakala 43.5 peratus oleh Axiata,” katanya.
Dalam pada itu,
Jamaludin berkata, tiada sebarang isu pemberhentian pekerja susulan cadangan
penggabungan dua syarikat itu sebaliknya kakitangan yang mempunyai pertindihan
tugas akan ditawarkan skim pemisahan sukarela (VSS).
Sekiranya atau selepas
penggabungan itu diantara Axiata Group Bhd. (Axiata) dan Telenor ASA (Telenor)
milik negara Norway, syarikat Telenor akan memilik dan menguasai syarikat baru
berkenaan dengan kepentingan saham 56.5 peratus manakala Axiata pula hanya
mempunyai 43.5 peratus saham.
Penggabungan
membawa maksud transaksi di mana dua syarikat bersetuju untuk menggabungkan
operasi mereka secara agak setara kerana mereka mempunyai sumber dan keupayaan
yang boleh mewujudkan kelebihan daya saing yang kukuh. Penggabungan dua atau lebih syarikat, secara
amnya dengan menawarkan pemegang sekuriti satu syarikat dalam syarikat yang
mengambilalih dalam pertukaran bagi penyerahan balik saham mereka.
Mengikut rekod Axiata telah jual banyak aset selepas
tahun 2018. Februari 2019, Axiata Group Bhd. menjual syarikat
telekomunikasi M1 kepada Singapura dengan harga RM1.65bilon.
April 2019 Axiata Group Bhd. telah menjual
perniagaan digital mereka kepada Singapura dengan harga RM579 juta.
Axiata Group
Bhd. turut menjual kepentingan dalam aset digital lain kepada Mitsui dari Jepun
tetapi peratusan kepentingan dan harga tidak dinyatakan.
Jelasnya situasi
ini sama seperti Proton Holding penggabungan bersama Kumpulan Zhejiang Geely
Holding milik China dan menampakkan kesan positif dan kemungkinan juga kesan
tidak baik.
Tetapi berdasarkan
kenyataan daripada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Axiata, Tan Sri
Jamaludin Ibrahim penggabungan ini lebih kearah keuntungan pendapatan bagi
menguasai industri telekomunikasi.
Sumber: Akhbar
tempatan & Penulis sendiri
0 Comments