MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

BNM Perkenal 6 Inisiatif Tingkat Kecekapan Pasaran Kewangan


Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan enam inisiatif baharu bagi meningkatkan kecekapan, akses, dan kecairan pasaran kewangan domestik selain mengekalkan ketelusan.

Enam inisiatif itu adalah meningkatkan kecairan dan fleksibiliti pasaran repo, pasaran hadapan Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM), penyertaan dalam program lindung nilai dinamik serta fleksibiliti yang lebih luas untuk mengawal risiko tukaran asing (FX).

Pasaran repo adalah singkatan daripada perjanjian pembelian semula atau ‘repurchase agreement’, yang mana digunakan sebagai pinjaman semalamam oleh pelabur sekuriti kerajaan.

Turut dilaksanakan, mempermudahkan dagangan FX termasuk dalam pemerosesan dokumen dan menambah baik kecairan ringgit melangkaui waktu dagangan tempatan.

Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata menerusi inisiatif itu pihaknya menyasarkan dapat meningkatkan jumlah pasaran FX domestik lebih tinggi berbanding AS$12.2 bilion purata jumlah dagangan harian kini.

Katanya, turut disasarkan adalah penyertaan dalam program lindung nilai dinamik yang kini memiliki sebanyak 88 pelabur berdaftar menguruskan aset berjumlah AS$30 bilion.

“Diharapkan pasaran bon sekunder yang lebih mendalam dan kecairan tinggi yang mana ketika ini merekodkan purata jumlah dagangan harian RM5.4 bilion,” katanya dalam pembentangan laporan ekonomi suku pertama 2019, di sini, hari ini. 16 Mei 2019.

Sumber : Berita Harian






Post a Comment

0 Comments