MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Bantuan Khas Aidilfitri 2019


Berikutan permohonan dari CUEPACS dan harapan dari penjawat awam serta pesara kerajaan Malaysia.

Pejabat Perdana Menenteri hari ini 17 Mei 2019 melalui Kementerian Kewangan telah mengumumkan pemberian bantuan khas sempena persiapan menyambut perayaan Aidilfitri yang menjelang tidak lama lagi sebanyak RM450 kepada penjawat awam dari Gred 56 dan ke bawah yang berjumlah hampir 1.5 juta orang.

Bagi pesara kerajaan bantuan khas sebanyak RM225 diberikan bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka semasa di dalam peekhidmatan.

Peruntukan bantuan khas Aidilfitri pada tahun ini melibatkan peruntukan anggaran sebanyak RM855 juta dan akan dibuat pada tarikh 24 Mei 2019.
Untuk rekod pada tahun lalu 2018 kerajaan Malaysia mengumumkan pembayaran sebanyak RM400 kepada penjawat awam dari Gred 41 dan ke bawah,  manakala kepada pesara kerajaan sebanyak RM200.

Semoga bantuan khas Aidilfitri ini dapat meringankan beban dan diraihkan dengan penuh kesyukuran.

Baca juga: CUEPACS Mohon Bantuan Khas Aidilfitri

Sumber: Kementerian Kewangan, Akhbar tempatan dan Penulis sendiri .


Post a Comment

0 Comments