Bank Islam
Malaysia Bhd menyemak semula Kadar Asas (BR) sebanyak 26 mata asas daripada
4.03 peratus kepada 3.77 peratus berkuatkuasa esok 10 Mei 2019.
Kadar Pembiayaan
Asas (BFR) juga diturunkan daripada 6.98 peratus kepada 6.72 peratus.
Ketua Pegawai
Eksekutifnya, Mohd Muazzam Mohamed, berkata penyemakan semula kadar itu adalah
susulan daripada pengurangan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara
Malaysia sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus baru-baru ini.
Kadar semakan
ini akan memberi manfaat kepada pelanggan kami yang mempunyai pegangan pembiayaan
kepada BR / BFR kerana kadar keuntungan yang efektif akan diturunkan dengan
sewajarnya yang membawa kepada jumlah ansuran yang lebih rendah.
Ini adalah
selaras dengan aspirasi kerajaan baru-baru ini untuk membantu mengurangkan kos
sara hidup rakyat serta merancakkan lagi aktiviti ekonomi,” katanya dalam
kenyataan hari ini.
BNM pada selasa
lalu menurunkan OPR, yang menjadi penanda aras rujukan pinjaman bank sebanyak
25 mata asas kepada 3.00 peratus.
Keputusan yang
dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) itu menyaksikan kadar
siling dan lantai OPR dikurangkan masing-masing kepada 3.25 peratus dan 2.75
peratus.
Baca juga: Maybank Turunkan Kadar BR
Sumber : Berita Harian
0 Comments