Pentadbiran President
Donald Trump secara rasminya meletakkan syarikat telekomunikasi “Huawei
Technologies Co Ltd” yang berasal dari China, dalam senarai blacklist (disenaraihitamkan) menyebabkan
kesukaran kepada syarikat gergasi
telekomunikasi itu untuk menjalankan perniagaan dengan syarikat – syarikat yang
berpengkalan dan beroperasi di Amerika
Syarikat (AS).
Jabatan Perdagangan AS mengeluarkan peraturan yang
meletakkan Huawei dan 68 sekutunya di lebih dua belas negara dalam Senarai
Entiti, langkah yang menghalang syarikat itu membeli komponen daripada firma AS
tanpa kelulusan kerajaan terlebih dulu.
Mendapatkan kelulusan sedemikian tidak akan mudah.
Ini kerana kerajaan AS akan mengkaji semula
permohonan lesen di bawah "andaian ia akan dinafikan", demikian
mengikut catatan pada Daftar Persekutuan.
Perintah itu berkuat kuasa dengan serta-merta, kata
jurucakap Jabatan Perdagangan, walaupun ia tidak akan diterbitkan secara rasmi
dalam Daftar Persekutuan sehingga Selasa.
Huawei, pengeluar peralatan telekomunikasi terbesar
di dunia, tidak memberi maklum balas segera ketika diminta memberikan ulasan.
Tindakan itu berlaku apabila kedua-dua ekonomi
terbesar di dunia itu terbabit dalam perangan tarif yang disifatkan pegawai AS
sebagai amalan perdagangan tidak adil China.
AS percaya telefon pintar Huawei dan peralatan
rangkaian boleh digunakan China untuk mengintip rakyat AS, tuduhan yang
berulang kali dinafikan Huawei.
Jabatan Perdagangan AS terlebih dulu mengeluarkan
notis Rabu lalu bahawa ia menambah Huawei ke dalam senarai hitam itu.
Huawei "terbabit dalam aktiviti yang
bertentangan dengan keselamatan negara atau kepentingan dasar luar AS,"
kata perintah itu.
Sebagai contoh, perintah itu menyebut kes jenayah
yang ditangguhkan terhadap syarikat itu di mahkamah persekutuan di Brooklyn,
New York, atas tuduhan Huawei melanggar sekatan AS terhadap Iran.
Huawei mengaku tidak bersalah dalam kes itu.
Ia juga mendakwa Huawei "bertindak dengan
menipu dan menghalang."
Ahli Kongres dan pegawai pentadbiran berkata
langkah itu akan menyukarkan Huawei untuk menjual produknya kerana
pergantungannya kepada pembekal AS. - Reuters
Baca juga : Huawei
Baca juga : PM Malaysia Lawat Huawei
Baca juga : Huawei
Baca juga : PM Malaysia Lawat Huawei
0 Comments