Kismis
adalah anggur yang dikeringkan dan kaya dengan sumber tenaga, vitamin,
elektrolit serta mineral semula jadi. Lebih menarik, ia mempunyai jumlah serat,
vitamin, mineral dan antioksidan jauh lebih tinggi berbanding anggur segar.
Walaupun
kering, ia mengekalkan rasa manis semula jadi dan setiap 100 gram kismis hanya
mempunyai 249 kalori, sesuai untuk mereka yang menjaga pemakanan dan mengawal
berat badan.
1.Mengandungi
fitokimia (resveratrol)
Antioksidan
yang memiliki sifat antiradang dan antikanser serta mampu menurunkan kandungan
kolesterol dalam darah.
Resveratrol
juga mampu melindungi tubuh daripada kanser kulit, kolon dan prostat selain
membantu menjaga kesihatan jantung, melindungi dari masalah kemerosotan fungsi
saraf, strok, Alzheimer dan jangkitan kulat atau virus.
2.Menurunkan
berat badan
Kandungan
seratnya yang tinggi membantu memenuhi keperluan serat dalam diet setiap hari
seterusnya boleh membantu menurunkan berat badan dan melindungi daripada
masalah sembelit.
Setiap
hari kira-kira 20 hingga 35 gram serat diperlukan untuk memastikan tubuh
berfungsi pada tahap optimum dan ia boleh diperoleh melalui kismis.
3.
Awet muda
Kandungan
antioksidan di dalam kismis boleh membantu diri tanmpak awet muda dan menjaga
penglihatan, menjaga kesihatan perut, saluran kencing dan melawan masalah gusi
serta gigi.
4.
Kaya mineral & vitamin
kalsium,
zat besi, mangan, magnesium, fluoride, zink, vitamin B kompleks, serat dan fruktos
(gula semula jadi yang mudah dihadam untuk memberi tenaga yang cepat).
5.
Mengandungi elektrolit dan potasium
Mampu
menurunkan kesan sodium, tekanan darah dan mengelak strok serta masalah
jantung.
0 Comments