Beberapa usahawan Malaysia adalah antara 300 orang
dari 23 negara di Asia Pasifik yang tersenarai dalam Forbes 30 Bawah 30 Asia
tahun ini 2019.
Forbes berkata kumpulan bakat muda itu dipilih
daripada lebih 2,000 penyertaan, selepas dikaji oleh sekumpulan wartawan dan
kerja-kerja mereka dinilai oleh panel hakim termasuk dalam aspek inovasi
teknologi.
Usahawan Malaysia terbabit ialah:-
1.Aaron Patel,
2.Bobby Ong, TM Lee,
3.Chris Khristie, Michelle Tan,
4.Jin Xi Cheong,
5.Joolin Chuah,
6.Kendrick Wong,
7.Melvin Poh,
8.Sarah Chen dan
9.Wen Shin Chia.
Aron
Patel
ialah Ketua Pegawai Eksekutif Handal Energy
Solutions,
firma kejuruteraan dan kontraktor yang pakar dalam
meningkatkan kecekapan tenaga haba bangunan komersil dan perindustrian.
Bobby Ong
dan TM Lee
pula ialah pengasas bersama CoinGecko,
penggabung data mata wang kripto yang menjejak
statistik harga, volum, sosial dan pemaju.
Syarikat ini bekerjasama dengan Western University
di Kanada dan Humboldt University di Berlin dalam menghasilkan penyelidikan
mata wang kripto.
Chris
Khristie dan Michelle Tan
ialah pengasas bersama kumpulan media digital,
INFLUASIA,
yang memenuhi keperluan masyarakat berbahasa
Inggeris, Melayu dan Mandarin Malaysia
melalui portal mereka, Dunia Buzz, Lobak Merah, dan
NOODOU.
Jin Xi
Cheong
ialah pengasas Poladrone,
sebuah syarikat yang menggunakan dron dalam
industri minyak sawit bagi meningkatkan kecekapan ladang sawit dan ladang
tanaman di Malaysia.
Joolin
Chuah
pula ialah rakan sekutu dalam Insignia Ventures
Partners
yang memainkan peranan dalam hampir 10 pelaburan
pada 2018,
termasuk syarikat pemula niaga yang menjanjikan
seperti igloohome, CoHive dan Sayurbox.
Beliau dikenali sebagai penasihat untuk kebanyakan
usahawan di Asia Tenggara dan menjadi ahli lembaga pengarah Finhay, sebuah
platform penasihat robo di Vietnam.
Kendrick
Wong
ialah pengasas bersama Omnilytics, platform
analisis fesyen
yang menawarkan data risikan pasaran masa nyata
bagi 75,000 jenama.
Perkhidmatan data besar Omnilytics digunakan oleh
peruncit di seluruh dunia serta pelanggan pasaran kewangan.
Melvin
Poh,
ialah pengasas bersama The Asian Entrepreneur,
penerbit antarabangsa dan platform media dengan pembaca aktif di 13 negara.
The Asian Entrepreneur baru-baru ini bekerjasama dengan
kerajaan Malaysia, Macau dan Korea Selatan untuk memulakan beberapa komuniti
dan acara syarikat pemula niaga.
Sarah
Chen
ialah pengasas bersama The Billion Dollar Fund
Women, dengan matlamat utama untuk menangani jurang pembiayaan jantina yang
dihadapi oleh pengasas wanita.
Dana itu berharap dapat melabur $1 bilion dalam
syarikat pemula niaga yang didorong oleh wanita menjelang 2020, dan telah
memperoleh lebih $750 juta dari pelabur global termasuk Gobi Partners, Golden
Gate Ventures, Rethink Impact, Capital Growth Capital, Backstage Capital dan
Funds Different.
Wen Shin
Chia
ialah pengasas Green Yards, syarikat ekoproduk yang
membuat sabun dan lilin daripada minyak masak dikitar semula.
Syarikat itu, yang memperoleh sumber minyak dari
restoran dan isi rumah Malaysia, menjual produknya secara dalam talian dan di
kedai hadiah di negara ini.
Sumber : Bernama
0 Comments