MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Teknologi 5G Rangsang PKS


5G atau disebut juga Fifth Generation (Generasi Kelima) adalah sebuah istilah yang digunakan untuk menyebut generasi kelima sebagai fasa berikutnya beroperasi dengan gelombang 5Ghz dan dijangka menawarkan kelajuan sehingga 1Gb sesaat, sekali gus menyediakan kelajuan dan liputan yang lebih baik berbanding 4G pada masa ini.

5G merupakan teknologi mudah alih generasi kelima, beroperasi dengan gelombang 5Ghz dan dijangka menawarkan kelajuan sehingga 1Gb sesaat, sekali gus menyediakan kelajuan dan liputan yang lebih baik berbanding 4G.

Teknologi generasi kelima ini direncanakan akan digunapakai secara berperingkat bergantung kepada dasar sesebuah kerajaan/negara dalam penerimaan teknologi tersebut pada tahun 2020. Amerika dan Kesatuan Eropah (EU) sesetengah negara EU tidak menerima pakai teknologi 5G disebabkan faktor perisikan dan keselamatan yang didakwa oleh negara tersebut.


Di Malaysia teknologi 5G hanya akan dilancarkan dan digunakan secara komersial di pada tahun 2021 atau 2022.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Al-Ishsal Ishak berkata bagi negara Malaysia kemunculan teknologi 5G dijangka meningkatkan keusahawanan digital dan e-dagang bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Teknologi 5G akan membantu PKS menjadi lebih berdaya tahan dan berdaya saing dalam perniagaan mereka.

90 peratus perniagaan di Malaysia dijalankan oleh PKS. Kecanggihan teknologi akan dapat meningkatkan produktiviti serta memperkukuh daya saing negara di pasaran global.

PKS perlu mengguna pakai teknologi digital untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem digital pada masa akan datang. Walaupun sesetengah PKS telah memodenkan operasi dan perniagaan masing-masing, namun kesedaran mengenai penggunaan teknologi masih agak rendah dalam pemain industri PKS. 

Justeru, pameran 5G yang akan dianjurkan oleh SKMM Malaysia bertempat di Putrajaya mulai 18 hingga 21 April 2019 adalah peluang untuk menambahkan pengetahuan dan meneroka kepentingan penggunaan teknologi 5G dan diharapkan dapat memberi gambaran, asas dan bantuan kepada pemain industri PKS. 

Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad, dijangka akan merasmikan pelancaran ujian berkaitan 5G pada program tersebut yang berlangsung pada 18 April 2019. 

Masyarakat Malaysia dan orang ramai dijemput hadir dan mengalami sendiri kecanggihan teknologi 5G semasa pameran berlangsung.

Baca juga : Teknologi 5G 

Sumber : Bernama dan Penulis sendiri


Post a Comment

0 Comments