Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu negara Malaysia memaklumkan bahawa tarikh melihat anak bulan Ramadan tahun 2019 untuk menetapkan permulaan ibadat puasa bagi umat Islam seluruh Malaysia adalah pada 5 Mei 2019, hari Ahad, bersamaan 29 Syaaban 1440 Hijrah.
Berikut dikongsikan 29 lokasi bagi melihat anak bulan Ramadan di setiap negeri - negeri Malaysia dan waktu melihat anak bulan Ramadan ditetapkan pada sebelah petang hari itu juga.
Johor
- Pontian Kecil, Johor
Melaka
- Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka
Negeri Sembilan
- Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
- Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor
- Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor
- Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor
Perak
- Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak
Pulau Pinang
- Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang
Kedah
- Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah
- Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah
- Menara Alor Setar, Kedah
Terengganu
- Bukit Besar, Kuala Terengganu; Terengganu
- Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu
- Pulau Perhentian, Besut, Terengganu
- Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu
Kelantan
- Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan
- Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan
- Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu, Kelantan
Sarawak
- Esplanade Luak, Miri, Sarawak
- Teluk Bandung, Kuching, Sarawak
- Tanjung Batu, Kuching, Sarawak
Sabah
- Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah
Pahang
- Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang.
- Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang.
- Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang
Wilayah Persekutuan Labuan
- Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.
Kuala Lumpur
- Menara Kuala Lumpur
Putrajaya
- Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Perlis
- Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis
Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu akan mengisytiharkan pada malam 5 Mei 2019 itu juga berkenaan tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu negara Malaysia.
Sumber : Bernama dan Penulis sendiri
0 Comments