MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Tabung Haji Bank Run

Penguguman sebanyak 1.25 peratus hibah Tabung Haji (TH) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa padsa 5 April 2019 kepada pendepositnya tidak akan menyebabkan "Bank Run " ini kerana terdapat beberapa faktor yang menyokong kepada situasi ini.

  1. Tujuan asal pendeposit menyimpan wang di TH adalah ingin melaksanakan ibadah Haji yang mana setiap pendeposit wajib mempunyai akaun di TH.
  2. Institusi TH adalah institusi sepenuhnya berlandaskan syariah dan mempunyai majis syariah yang memantau pelaburan dan perniagaan TH.
  3. TH juga menyediakan zakat simpanan bagi pendepositnya maka pendepositnya tidak perlu lagi mengeluarkan zakat simpanan.
  4. TH di letakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri yang ditadbir oleh kerajaan Malaysia meningkatkan keyakinan pendeposit.
  5. Proses pemulihan  dengan memindahkan aset-aset yang tidak menguntungkan TH kepada Syarikat Tujuan Khas atau SPV milik kerajaan menampakkan kesan positif apabila meletakkan aset TH kepada RM 76.5 bilion berbanding tanggungan dan deposit RM75.5 billion setakat Disember 2018.
'Bank Run’ adalah pendeposit mengeluarkan simpanan beramai-ramai pada satu masa, disebabkan faktor  - faktor tertentu, sekiranya diperhatikan sejak akhir - akhir ini masalah prestasi kewangan punca utama sehinggakan hibah paling terendah dalam sejarah apabila hanya 1.25 peratus sahaja diberikan kepada pendeposit untuk tahun kewangan 2018. Tetapi prestasi kewangan telah di pulihkan oleh kerajaan Malaysia yang memerintah pada hari ini.


Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat, berkata setakat ini pemantauan yang dilakukan oleh pihaknya mendapati kadar pengeluaran oleh penyimpannya adalah normal.
Katanya, malah biarpun terdapat ura-ura sejak dari semalam mengatakan yang TH mungkin akan memberi pulangan yang rendah, tetapi tiada pengeluaran simpanan besar-besaran dilakukan sehingga kini.

Baca juga : Hibah TH

Sumber : Tabung Haji dan Penulis sendiri adalah pendeposit TH

Post a Comment

0 Comments