MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Sujud Tilawah


Daripada Abu Hurairah r. a sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Jika seseorang membaca ayat Sajadah maka syaitan menyisihkan diri dan menangis lalu berkata:"Wahai celaka aku." 

Di dalam al-Quran, terdapat beberapa tempat yang mengandungi ayat sajdah dan apabila ketika itu membacanya disunatkan bagi orang yang membaca al-Quran dan orang yang mendengar bacaan al-Quran tersebut.

Syarat - syarat Sujud Tilawah 
  1. Niat
  2. Suci dari hadas 
  3. Memghadap kiblat kecuali bagi mereka yang berada diatas kenderaan, kapal terbang, dan seumpamanya 
  4. Menutup aurat 
Cara Sujud Tilawah 
  • Mengangkat takbir - Mazhab Syafi'i,  takbir perlu dilakukan 2 kali, pertama seperti takbiratulihram dengan mengangkat tangan, kedua takbir untuk Sujud Tilawah.  Mazhab Hanbali dan Maliki,  memadai sekali takbir untuk Sujud Tilawah.
  • Sujud,  membaca bacaan Sujud Tilawah 

Maksudnya : " Telah sujud wajahku kepada yang menciptakannya, yang Membentuknya dan yang Membuka pendengarannya serta penglihatannya dengan daya dan kekuatan- Nya, maka Maha Berkat (serta maha tinggilah kelebihan) Allah sebaik - baik Pencipta."

(Riwayat al-Tirmizi, Ahmad dan lain-lain)
  • Bangun dari Sujud 
  • Teruskan membaca al-Quran, Jika bacaan itu dalam solat maka sebaik sahaja selesai sujud, perlu bangun berdiri dan membaca ayat seterusnya dan barulah rukuk. Bagaimanapun dibolehkan bangun seketika tanpa membaca sambungan ayatnya dan kemudian rukuk.

Sumber : Majalah Agama dan Penulis sendiri 



Post a Comment

0 Comments