MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Sidang Kemuncak Halal Global 2019 (GHaS'19)




Sidang Kemuncak Halal Global 2019 (GHaS'19) yang berlangsung dari 1 April sehinhga 6 Apri 2019 di Kuala Lumpur,  Malaysia, menyaksikan isu utama mempromosikan dan merealisasikan agenda Ekonomi Digital Islam (IDE).

Sidang kemuncak ini juga kerjasama di antara Global Halal Summit (GHaS) 2019 dan Salam Web Technologies MY Sdn. Bhd. (Salam Web) sebagai laman sesawang rasmi patuh syariah. Kerjasama ini mencerminkan komitmen kukuh terhadap pembangunan ekonomi digital Islam, meningkatkan peluang dalam persekitaran patuh syariah dan menyokong industri teknologi untuk menggabungkan prinsip-prinsip Islam sebahagian daripada ekosistem yang teguh.

Salam Web juga menawarkan pemilik perniagaan untuk menggunakan ekosistem Salam Web untuk merealisasikan matlamat perniagaan mereka.

Kerajaan Malaysia komited dalam mempromosikan Pusat Kecemerlangan Halal Malaysia secara global dan Pusat pertama atau perintis bagi luar negara akan dibuka hujung April 2019 bertempat di negara Bosnia Herzegovina.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Dr Wan Azizah berkata, Pusat tersebut akan menganjurkan program-program pembangunan kapasiti, dan latihan kepada industri untuk diiktiraf halal. Pusat ini juga akan dikembangkan ke lain-lain tempat di seluruh dunia tidak lama lagi.

Adalah menjadi harapan Malaysia agar lebih ramai lagi usahawan Muslim, terutama dari golongan muda, menggunakan platform digital untuk mempromosi amalan dan produk halal perniagaan mereka.

Aplikasi mudah alih, kecerdasan buatan, robotik dan rekacipta inovatif boleh digunakan untuk meningkatkan ekosistem global halal.

Masyarakat Muslim perlu setanding dengan lain-lain pemain global dalam revolusi digital ini dan mampu menggunakan platform digital itu untuk menunjukkan bahawa cara hidup Islam adalah cara yang sesuai untuk semua.

Seiring dengan revolusi industri 4.0 dan perkembangan teknologi masa kini Ekonomi Digital Islam (IDE) yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia melalui dasar kerajaan membolehkan penerokaan model perniagaan baharu, segmen pasaran dalam talian dan penyediaan platform yang sesuai dalam menyumbang merealisasikan IDE.

Kesan dari dasar dan pengwujudan IDE ini akan mencorakkan industri perniagaan lain seperti pelancongan, makanan, Perniagaan melalui online, pertanian, perhotelan dan industry-industri yang lain.

Sumber: Utusan online & Penulis sendiri


Post a Comment

0 Comments