MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Sabah Destinasi Utama Pelancongan


 
kerajaan negeri Sabah di bawah pentadbiran negara Malaysia menyasarkan ketibaan seramai 4 juta pelancong pada tahun ini berbanding 3.8 juta orang pada tahun 2018.

Selaras dengan penganugerahan Negara Malaysia sebagai menduduki tempat pertama indeks pelancongan Islam global oleh MasterCard-CrescentRating Global Muslim Travel Index (GMTI) untuk tahun kesembilan berturut-turut baru – baru ini.

Kerajaan negeri Sabah menyasarkan ketibaan pelancong antarabangsa yang lebih seimbang dari China dan negara-negara Eropah, Amerika Syarikat serta Oceania. Sasaran ketibaan pelancong meliputi semua manusia tidak kira agama, bangsa dan negara.

Bagi mencapai sasaran ini, kerajaan akan berusaha untuk meningkatkan aksesibiliti udara ke negeri Sabah dan mempelbagaikan lagi produk-produk pelancongan negeri khususnya di kawasan luar bandar dan di kawasan pantai timur.

Kerajaan negeri Sabah juga beriltizam untuk memastikan sektor pelancongan di negeri ini kekal rancak dan berdaya saing dengan memfokuskan keindahan alam semulajadi dan warisan budaya sebagai aset utama pelancongan.

Justeru, Kerajaan negeri Sabah berhasrat untuk terlibat dalam bidang pemuliharaan alam sekitar semulajadi dan eko-pelancongan di peringkat antarabangsa, usaha sedang giat dilaksanakan agar Gunung Kinabalu dan kawasan di sekitarnya, merangkumi daerah Ranau, Kota Belud dan Kota Marudu diisytiharkan sebagai tapak Geopark Kebangsaan pada tahun 2019.

Kawasan tersebut akan dimasyhurkan sebagai tapak Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO) Global Geopark menjelang tahun 2020. Sebagai tambahan, Kerajaan juga sedang dalam proses untuk mewartakan kawasan Teluk Darvel di Lahad Datu dan Pulau Mantanani di Kota Belud sebagai kawasan permuliharaan marin.


Sumber: Bernama dan Penulis sendiri

Post a Comment

0 Comments