Ringkasan hasil lawatan rasmi/kerja selama 5 hari bagi
menghadiri Forum Belt and Road Forum (BRF) / inisiatif Jalur dan Laluan Bagi
Kerjasama Antarabangsa Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad ke
China mencetus 3 Memorandum of Understanding (MoU) di antara Malaysia dan China
dan beberapa prestiwa penting:-
1.MoU pertama ditandatangani oleh Majlis Minyak
Sawit Malaysia (MPOC) dan Dewan Perniagaan China bagi Import Eksport Makanan,
Produk Asli dan Produk Sampingan Haiwan (CFNA).
Menerusi MoU itu, China akan membeli tambahan 1.9
juta tan minyak sawit dari Malaysia, dianggar bernilai RM4.56 bilion bagi
tempoh lima tahun akan datang, selain melabur sekurang-kurangnya RM2 bilion
dalam kilang penapis bahan api pesawat berasaskan minyak sawit.
China dan Malaysia juga bersetuju bekerjasama dalam
meningkatkan penggunaan mata wang yuan bagi perdagangan minyak sawit, dengan
keizinan Bank Negara Malaysia (BNM).
2.MoU kedua ditandatangani Lembaga Pembangunan
Pelaburan Malaysia (MIDA) dan China Communication Construction Company Ltd
(CCCC).
3.MoU membabitkan IWH CREC Sdn Bhd bersama kerajaan
Malaysia berhubung kerangka persetujuan pembangunan projek Bandar Malaysia.
4.Negara
Malaysia melalui Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong penuh inisiatif Jalur dan
Laluan sebagai satu idea yang hebat diperkenalkan oleh negara kerana negara
Malaysia akan memperoleh manfaat daripada projek infrastruktur besar-besaran
yang akan dilaksanakan.
Presiden
China Xi Jinping yang mencetuskan idea mengenai inisiatif Jalur dan Laluan itu,
merasmikan forum itu yang dihadiri oleh 37 pemimpin dunia dan 5,000 perwakilan
dari 150 negara dari serata pelosok dunia.
Xi Jinping
mencetuskan cadangan dasar infrastruktur itu, enam tahun lalu, bagi tujuan
menghidupkan semula Laluan Sutera yang pada zaman dahulu menghubungkan Asia
dengan bahagian lain dunia, menerusi pembinaan landasan kereta api, lapangan
terbang, saluran paip dan lain-lain cara.
Xi Jinping
menggesa negara-negara yang mengambil bahagian supaya meneruskan pelaksanaan
inisiatif berkenaan bagi mencapai pembangunan bermutu tinggi.
Beliau juga
berkata, projek-projek Jalur dan Laluan harus mempertahankan prinsip
perkongsian manfaat dan menyumbang bersama.
Inisiatif Jalur dan Laluan adalah inisiatif utama
China untuk mempertingkatkan pembangunan infrastruktur, memudahkan aliran
barangan dan modal selain menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang dengan
negara-negara yang mengambil bahagian.
Tema forum “Kerjasama Jalur dan Laluan: Membentuk
Masa Depan Bersama yang Lebih Cerah”.
Dr Mahathir yang menyifatkan mesyuarat itu sebagai
‘forum yang penting’, juga menggesa jalan penghubung di sepanjang Jalur dan
Laluan berkenaan dilindungi, terbuka dan bebas untuk semua.
Elemen penting ialah kebebasan di sepanjang laluan
ini. Jalan penghubung ini hanya bermanfaat sekiranya ia turut menawarkan
kebebasan. Kedua-dua laluan laut dan darat akan melalui banyak negara.
Kerumitan birokrasi akan memperlahankan kelajuan
perjalanan. Oleh itu, adalah penting bagi semua laluan ini bebas dan terbuka
kepada semua.
Selain terbuka dan bebas untuk semua, jalan
penghubung itu mestilah selamat dari seperti “keganasan dan peperangan akan
membuat keajaiban moden ini tidak mampu menawarkan manfaat seperti yang mereka
dijanjikan”.
Adalah penting dunia menjadi kurang primitif dan
menolak penggunaan kekerasan dan pembunuhan beramai-ramai untuk mendapat
manfaat daripada pembukaan laluan baharu bagi perdagangan dan pengangkutan yang
dijanjikan dalam inisiatif Jalur dan Laluan.
Turut hadir pada perasmian forum tersebut ialah
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Gutierrez, Pengarah
Urusan dan Pengerusi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde.
Baca juga: Lawatan Rasmi Tun Dr Mahathir ke China
Sumber: Akhbar tempatan & Penulis sendiri
0 Comments