MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Rahsia Keagungan Ramadan



Maksudnya : Bulan  Ramadan  yang  padanya  diturunkan  al-Quran,  menjadi petunjuk  bagi  sekalian  manusia,  dan  menjadi  keterangan-keterangan  yang menjelaskan  petunjuk,  dan  perbezaan  (antara  yang  benar  dan  yang  salah). Oleh itu, sesiapa diantara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan maka hendaklah  ia  berpuasa  dan  sesiapa  yang  sakit  atau  dalam  musafir  (lalu  ia berbuka)  maka  (wajib  baginya  berpuasa) sebanyak  hari  yang  ditinggalkannya itu pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki  kesukaran  bagimu.  Dan  supaya  kamu  cukupkan  bilangan  puasa (sebulan  Ramadan),  dan  supaya  kamu  membesarkan  Allah  kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.

(Surah Al-Baqarah, Ayat 185)

Apabila bulan Ramadan tiba, Rasulullah s.a.w memberi galakan kepada para sahabat baginda agar hatinya gembira menyambut bulan tersebut bulan kemuliaan yang penuh hikmah . Betapa hebatnya bulan yang agung itu. Bulan yang penuh rahmat, bulan nikmat,  bulan  pengampunan,  bulan  pembebasan  dari  api  neraka,  bulan Nuzul al-Quran,   bulan   dilipatgandakan  amalan pahala,   bulan  dimana terjadinya Lailatul   Qadar lebih baik dari seribu bulan,   bulan dimana doa dimakbulkan dan terlalu banyak keistemewaanya.

Rasulullah  s.a.w menggambarkan,  andai  umat  manusia  mengetahui  kehebatan bulan Ramadan,  maka  mereka akan mengharapkan agar  setahun  itu  selamanya di penuhi Ramadan. Walau perlu berlapar, berdahaga, menahan nafsu, menahan perasan amarah,  meningkatkan amalan  sedekah, bersolat  tarawikh,  membaca al-Quran dan ibadah  lain, semuanya  itu  tidak  keberatan dan  yang utama  boleh meraih   kehebatan  bulan  suci  yang  agung  itu. Selain   itu   jaminan   Baginda   SAW bahawasanya dalam bulan Ramadan pintu-pintu syurga dibuka seluasnya, pintu-pintu  neraka  di  tutup serapatnya. Serta iblis  dan  syaitan dibelenggu.  Ini bermakna, sebagai  perangsang  supaya kita  semua  mempertingkatkan amal ibadah dan masa yang sama menjauhi perbuatan yang tercela dan pujukan rayu nafsu. 

Rasulullah s.a.w bersabda:



Maksudnya  : “Apabila datang bulan Ramadan,  dibuka pintu-pintu langit  dan ditutup  pintu-pintu  neraka  serta  diikat  para  syaitan.”

(Hadis Riwayat  Al-Bukhari).
Antara rahsia keagungan bulan Ramadan ialah :

Pertama (1) : Meneladani  Sifat  Allah s.w.t. 

Di  dalam  bulan Ramadan ini kita secara  langsung  dilatih  meneladani  sifat-sifat  mulia  yang  dimiliki  Allah  s.w.t untuk  menjadikan  diri  kita  sebagai  insan  yang  sesempurna  mungkin  (Insan Kamil) dengan memiliki sifat lahir dan batin yang terbaik dan terpuji.

Di dalam Hadits Qudsi Allah s.w.t berfirman:

 

Maksudnya : “Setiap amal anak Adam itu untuk dirinya, kecuali puasa. Itu milik-Ku dan Aku yang membalasnya”. 

(Riwayat Bukhari dan Muslim)



Dari   ibadah   puasa,   kita   dapat   meneladani sifat-sifat   Allah   s.w.t   yang terkandung  di  dalam Al-Asma’ul Husna. Misalnya al-Sabur(الصبور)–sabar. Al-Rahim(الرحيم)–pengasih. Al-Wasi’(الواسع)–luas dan lapang  dada. Al-Ghafur(الغفو ر)–pengampun, dan banyak lagi. Sifat-sifat mulia Allah s.w.t Itu akan  mampuditeladani  melalui ibadah puasa Ramadan dan  umat  Islam akan dimuliakan dengan sifat-sifat sedemikian.


Kedua (2): Bulan Pengampunan. 

Manusia tidak lari daripada kesalahan,lupa dan dosa. Akan  tetapi  walau  dosadan  salah manusia  setinggi  langit,  namun  Allah s.w.t telah   menyediakan   masa   dan   waktu   untuk   mengampuni  hamba-hambaNya. Itulah bulan Ramadan. 

Rasulullah s.a.w bersabda:



Maksudnya  :“Dan  rugi  benar  seseorang  apabila  telah  datang  kepadanya bulan Ramadan, kemudian (Ramadan itu) meninggalkan, tetapi belum diampuni (dosa-dosa) nya”.

(Riwayat Al-Tirmidzi).

Ketiga (3) :Doa dimakbulkan. 

Allah  s.w.t amat menyukai  hamba-hamba-Nya yang   memohon   kepada-Nya sebagaimana   firman-Nya di   dalam   surah   al-Baqarah ayat 186: 



Maksudnya:“Dan apabila hamba-Ku  bertanya  padamu  tentang  Aku,  maka (jawablah):  Sesungguhnya  Aku  amat  hampir,  Aku  perkenankan  permohonan orang  yang  berdoa  apabila  ia  berdoa  kepadaKu.  Maka  hendaklah  mereka menyahut   seruan-Ku,   dan   hendaklah mereka beriman   kepada-Ku   supaya mereka menjadi baik dan betul”

Keistimewaan orang    yang    berpuasa adalah    doa-doanya    tidak    ditolak sebagaimana hadis Nabi s.a.w,



Maksudnya: "Dari  Abu  Hurairah  ia  berkata,  Rasulullah shallallahu  ‘alaihi wasallam bersabda:  “Ada tiga orang yang tidak akan ditolak doanya; Iaitu imam yang adil, orang yang berpuasa hingga berbuka dan doa orang yang teraniaya”. 

(Sunan Ibnu Majah).

Keempat (4) : Keistimewaan  Malam  al-Qadar. 

Satu  malam  yang  diimpikan dan di dambakan umat   Islam   sedunia   ialah “Lailatul  Qadar”,  malam   penuh keistimewaan,  malam  penentuan.  Di  bulan Ramadan Allah s.w.t menurunkan  satu  malam  yang  sangat  mulia.  Nilainya  lebih  baik  dari  seribu  bulan.

Firman Allah s.w.t:



Maksudnya: “Malam Qadar (itu) lebih baik dari pada seribu bulan”.

(Surah al-Qadr ayat :3)

Rasulullah s.a.w membangunkan keluarga dan menjauhi isterinya semata-mata untuk  mengintip Lailatul  Qadar pada  sepuluh  malam  terakhir bulan Ramadan.

Rasulullah    s.a.w    meningkatkan    ibadah    pada    malam-malam    itu    untuk mendapatkan malam penuh kemuliaan ini.

Kelima (5) : Peningkatan Taqwa 

Sebuah   cita-cita  luhur  bagi  setiap  insan,  yaitu  “taqwa”.  Sasaran  terakhir diwajibkannya     puasa Ramadan adalah peningkatan taqwa.     Dengan memperbanyakkan ibadah wajib dan sunnah  di dalam bulan suci ini, seseorang akan  mencapai  impian untuk  menjadi  insan bertaqwa.  Sesiapa  yang  bertaqwa, hubungannya  dengan  Allah  semakin  dekat.  Dimudahkan  segala  urusan.  

Dalam keadaan  apapun,  dia sentiasa damai  dan  sejahtera.  Sebagaimana  firman  Allah s.w.t: 


Maksudnya: “Dan  sesiapa yang  bertaqwa  kepada  Allah,  nescaya  Allah  akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya).Dan   memberi rezeki   dari   jalan yang   tidak   terlintas   di hatinya. Dan   sesiapa berserah   diri   kepada   Allah,   maka   Allah   cukuplah baginya. Sesungguhnya Allah melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah menentukan tiap-tiap sesuatu”.

(surah at-Talaaq: 2-3)

Kesimpulannya bulan Ramadan merupakan  bulan  yang  penuh  dengan keberkatan dan keagungan. Rebutlah peluang untuk menhayati  kefardhuan puasa dan  amalan-amalan sunat pada bulan Ramadan  agar mencapai ketaqwaan dan kebaikan serta menjadikan  bulan Ramadan sebagai  bulan  mentarbiah  diri  agar meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

Sumber: JAKIM & Penulis sendiri








Post a Comment

0 Comments