MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Proton Iriz dan Persona 2019


Proton Holdings Berhad (Proton) pada 25 April 2019 hari ini  me­lancarkan model hatchback dan sedan keluarga segmen B iaitu Proton Iriz dan Persona yang menampilkan pelbagai pembaharuan termasuk penambahbaikan pada lebih 300 bahagian serta dilengkapi ciri-ciri pintar.
Proton Iriz 
Harga semenanjung RM36,700 sehingga RM50,700 sebuah/seunit tanpa insurans.

Harga Sabah dan Sarawak  RM38,700 sehingga RM52,700 sebuah/seunit tanpa insurans.
Varian tersedia 
  1. Standard 1.3L MT 
  2. Standard 1.3L CVT
  3. Executive 1.3L CVT
  4. Executive 1.6L CVT 
  5. Premium 1.6L CVT
Proton Persona

Harga semenanjung RM42,600 sehingga RM54,600 sebuah/seunit tanpa insurans.

Harga Sabah dan Sarawak RM44,600 hingga RM56,600 sebuah/seunit tanpa insurans.

Varian tersedia 
  1. Standard 1.6L MT 
  2. Standard 1.6L CVT
  3. Executive 1.6L CVT
  4. Premium 1.6L CVT
Lima (5) Pakej menarik turut ditawarkan kepada pembeli antaranya:-

  1. Cukai jalan percuma selama dua (2) tahun bagi kereta-kereta yang ditempah sebelum pelancaran dan bagi 1,000 kenderaan pertama yang didaftarkan. 
  2. Data internet percuma untuk lima (5) tahun dan
  3. Kadar pinjaman yang rendah bermula daripada 2.93 peratus.
  4. Caj pekerja percuma bagi tiga temu janji servis berjadual sehingga 20,000 kilometer. 
  5. Pakej Perlin­dungan Insurans pula melibatkan penepian kos pembaikan; perlindungan nilai yang dipersetujui, Key Care, semua pemandu dan kemalangan diri serta elaun banjir,” katanya di sini malam tadi.
Ciri - Ciri Proton Iriz dan Persona 2019
Ke­dua-dua model Iriz dan Persona terdapat perubahan luaran pada Iriz lebih ketara kerana model itu dilengkapi dengan gambaran baharu syarikat iaitu gril hadapan yang mula diperkenalkan pada Proton X70.
Katanya, model itu juga mene­rima peningkatan pada bampar hadapan dan belakang baharu, hiasan belakang berwarna hitam, reka bentuk roda aloi baharu serta antena sirip yu yang membuatkan Iriz lebih menonjol.
Reka bentuk pada Persona 2019 tidak begitu ketara tetapi tetap menampilkan corak Ethereal Bow dan Infinite Weave. Turut dipadankan pada model sedan keluarga ini adalah spoiler baharu pada but, reka bentuk bampar hadapan dan belakang baharu dan reka bentuk roda aloi yang lebih menarik.

Baca juga : Proton Iriz 2019

Baca juga : Proton Persona 2019


Sumber : Utusan online dan Penulis sendiri

Post a Comment

2 Comments