28 April 2019 genap 5 hari Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad membuat lawatan rasmi dan jemputan menghadiri Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) yang diadakan di China.
Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan kos pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dikurangkan lagi. Bagaimanapun pengurangan kos itu bergantung kepada skop kerja pelaksanaan projek berkenaan.
Malaysia mengambil maklum keikhlasan China dan China memahami masalah dihadapi Malaysia sehingga sanggup berbincang semula berhubung projek ECRL.
China bersetuju mengurangkan kos (pembinaan ECRL) dan amat memahami serta sensitif dengan masalah yang Malaysia hadapi.
Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) adalah rancangan pembangunan bersama negara anggota dan bukan strategi yang hanya didominasi oleh China.
Melalui Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) dapat merungkai persoalan yang merisaukan negara anggota, Malaysia tidak terkecuali dari isu ini, namun semua persoalan yang merisaukan terjawab dan melegakan kerana pemahaman dan pencerahan yang jelas daripada China.
Diantara persoalan yang merisaukan negara anggota dan Malaysia sendiri seperti ancaman kepada kedaulatan negara, untuk mengawal Asia melalui laluan perdagangan seperti Selat Melaka dan Laut China Selatan, berlaku dominasi, kapal perang dan pergerakan akan disekat, akan tetapi isu ini sebenarnya tidak timbul apabila pencerahan dan perbincangan semasa forum tersebut.
Pembentangan dan penjelasan serta perbincangan semasa forum BRF melihat pelan kerjasama ini membolehkan negara anggota terutama negara membangun bekerjasama membina infrastruktur dan memperoleh pinjaman kewangan. Tidak
Bukan sekadar negara ASEAN yang menyertainya, malah hampir seluruh dunia termasuk Amerika Selatan, Afrika dan Jerman. Britain turut menghantar Canselor Exchequer negara berkenaan ke BRF.
Memahami apa sebenarnya BRI memudahkan setiap negara anggota untuk memberikan sokongan kepada usaha ini.
Perdana Menteri Malaysia turut melahirkan keyakinannya terhadap BRI selain menyifatkan inisiatif itu berbeza dengan pelan yang dicadangkan oleh negara membangun lain.
Sumber : Berita Harian dan Penulis sendiri
0 Comments