MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pengharaman PUBG


Menurut laporan Kathmandu Post, negara Nepal telah bertindak mengharamkan permainan dalam talian PlayerUnknown’s Battlegrounds  (Pertempuran Pertahanan Pemain tidak dikenali)  atau lebih dikenali sebagai PUBG, berkuatkuasa hari ini 12 April 2019 susulan kebimbangan permainan tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak dan Kepentingan Umum.

 Beberapa aduan daripada ibu bapa, sekolah dan persatuan sekolah mengenai kesan permainan PUBG terhadap kanak-kanak," ketua Bahagian Jenayah Metropolitan Dhiraj Pratap Singh memberitahu Post Kathmandu. "Kami juga mengadakan perbincangan dengan pakar psikiatri sebelum meminta Mahkamah Daerah Kathmandu kebenaran untuk mengharamkan permainan PUBG.
 
Lanjutan dari aduan yang diterima dan proses perundangan Pihak Berkuasa Telekomunikasi, Nepal telah meminta semua ISP dan penyedia perkhidmatan mudah alih untuk menyekat permainan itu, susulan arahan oleh mahkamah daerah Kathmandu.
 
Pegawai kanan polis, Dhiraj Pratap Singh berkata bahawa langkah itu diilhamkan oleh nasihat pakar psikiatri. "Ibu bapa dan sekolah mengadu bahawa permainan itu memberi kesan kepada pelajaran anak-anak mereka dan menjadikan mereka lebih agresif. Apabila kita berunding dengan ahli psikiatri, mereka juga mengatakan bahawa keganasan dalam permainan boleh membuat orang agresif dalam kehidupan sebenar.

Ibu bapa dan golongan pendidik menyifatkan permainan itu boleh mencetuskan keganasan dan menjejaskan tumpuan pelajar terhadap pelajaran mereka.

Sejak permainan PUBG dihasilkan dan dilancarkan pada tahun 2017, oleh firma dari Korea Selatan, Bluehole Inc, permainan ini telah dimuat turun lebih dari 100 juta kali di seluruh dunia.

Ketika ini, PUBG sudah tular (diminati ramai) tetapi tahun depan mungkin muncul 10 lagi (permainan), jadi kita tidak boleh melarang kesemuanya dan langkah melarang peraminan ini bukanlah penyelesaian utama tetapi ibu bapa perlu berbincang dengan setiap anak-anak mereka kata Joshi salah seorang pemain PUBG.

Setiap permainan mempunyai kebaikan dan keburukan, bergantung kepada individu bermain permainan tersebut, namun sekiranya tidak dikawal dan diberikan kebebasan penuh menyebabkan lalai, leka, alpha dan membuatkan seseorang itu lupa dan terjerumus kearah pekara yang negatif sebagai contoh peristiwa di New Zealand kesan permainan PUBG ini menjadikan pengganas tersebut membunuh penganut beragama Islam di Masjid Christchurch, oleh itu sepatutnya semua pihak berkuasa kerajaan, NGO dan termasuk para ibu bapa tanpa mengira latar belakang dan agama memberikan kesedaran dan pemantauan setiap permainan yang melibatkan internet dan permainan komputer terutamanya anak-anak sendiri, pelajar sekolah dan remaja yang mudah terpengaruh dengan perkara negatif.

Sekiranya diwujudkan permainan berorentasikan kebaikan dan disukai ramai adalah digalakkan seperti apabila seseorang itu melaksanakan kebaikan seperti membantu orang dalam kesusahan, memberi haiwan minum atau makan, menyelamatkan seseorang dari jenayah memberikan mata atau ganjaran terhadap pertolongan tersebut

Sumber: AFP dan Penulis sendiri

Post a Comment

0 Comments